Akui Pernah LaIui Zaman JahiI, Nabil Ahmad Solat Qada 17 Rakaat Sebelum Solat Subuh

Benar apa yang diperkatakan orang, hidayah Allah SAW boleh kunjung tiba pada bila-bila masa dan hinggap ke mana-mana hati tatkala sudah tiba masanya.

Itu yang dilalui pengacara dan pelakon Nabil Ahmad setelah memilih untuk berhijrah ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan agama sejak lebih kurang setahun yang lalu.

Akui dirinya pernah melalui zaman jahiI, pengacara Nabil Ahmad berkata dia kini berusaha menebus kembali ibadah wajib yang pernah ditinggalkan dahulu.

Dalam usaha itu, Nabil, 39, berkata, dia kini mengamalkan solat 17 rakaat pada setiap pagi sebelum masuk waktu Subuh bagi menggantikan ibadah wajib yang pernah ditinggalkan itu.

“Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jah1l, mengaji al-Quran pun tidak pandai.

“Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam.

“Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal.

“Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” katanya.

Solat 17 rakaat yang dimaksudkan Nabil itu ialah solat fardu lima waktu iaitu Subuh (2 rakaat), Zohor, Asar dan Isyak masing-masing empat rakaat dan Maghrib (3 rakaat).

Dalam usaha berkongsi kebaikan, Nabil memberitahu cabaran yang paling sukar adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meningg4lkan rumah dengan tempoh masa yang lama.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham.

“Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.

“Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nabil juga memanfaatkan sebaik mungkin pentas pengacaraan sebagai medium untuk dia berkongsi kebaikan kepada penonton.

Justeru tiada istilah untuk dia berhenti daripada terus mengendalikan program berbentuk hiburan seperti mana yang dilakukannya sekarang ini.

“Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tīnggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat.

“Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah.

“Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV,” katanya.

SYUKUR ADA SURAU IMPIAN DALAM RUMAH

Apa guna rumah sebesar istana, tapi tiada ruang istimewa untuk mengerjakan ibadah yang maha Esa.

Selain ketenangan, ia juga dapat memberi keselesaan buat seisi keluarga.

Begitu dilakukan oleh pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad yang bersyukur dan gembira apabila impian bagi mempunyai surau di kediamannya berjaya dilaksanakan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau, pengacara program MeleT0P itu memuji hasil kerja pasukan yang mengendalikan reka bentuk dan pertukangan yang halus bagi surau tersebut.

“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada team yang merelisasikan impian untuk siapkan surau ni. Memang kemas sangat workmanship!!

“Semoga Allah balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!.” tulis pelawak itu.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis seperti Saharul Ridzwan turut berdoa agar dapat membina surau di kediaman mereka satu hari nanti.

Selain itu, rata-rata netizen sejuk hati melihat keindahan ruang solat itu selain berharap mereka juga mempunyai rezeki sama untuk memiliki surau sekali gus dapat menghidupkan amalan di dalam rumah.

Nabil Ahmad berkahwin dengan Nazirah Ayub dan dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 10 tahun, Layla Medyna, 7 tahun, dan Mishall Imani, 2 tahun.

Sumber Kosmo

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini