“Ya Allah, aku ingat cucu dah m4ti” – Nenek Sebak Tidak Sangka Cucu Dihanyµt Banjir Masih Hidup, Perkongsian Dari Ustazah Asma’ Harun

“YA ALLAH, aku ingat cucu dah m4ti, aku ingat cucu dah m4ti”.

Demikian kata-kata diucapkan Aminah Ahmad, 75, m4ngsa banjir di Baling, Kedah yang tidak menyangka akan bertemu lagi cucunya selepas menempuhi bencana yang cukup tr4gis.

Warga emas berkenaan menyangka cucunya sudah dihanyµtkan arus banjir semasa bencana itu membadai kediaman mereka baru-baru ini.

Aminah yang lebih suka bahasakan dirinya sebagai Tok baru lepas solat Asar berkata beliau baharu sahaja membancuhkan air untuk cucunya yang terlantar atas katil akibat dem4m. Keluar saja dari bilik cucu itu, air banjir mula memasuk ruang dalam rumah.

“Dalam masa kurang dari lima minit air paras buku lali sudah naik ke pinggang, Allahuakbar. Aminah menceritakan beliau amat panik waktu tu. Sementelah sudah berusia 75 tahun, lalu hanya mampu fikir untuk selamatkan diri. Kalimah ‘Allah’ tak putµs keluar dari bibir.

“Aminah terpaksa berpaut di tiang luar rumah dalam keadaan kudratnya yang sangat terbatas. Bila anaknya tiba, perkara pertama beliau minta ialah sehelai kain untuk menutup aurat di bahagian kepala dengan sempurna. Subhanallah,” titip Ustazah Asma’.

Sesungguhnya aj4l dan maµt di tangan Allah. Pasukan NGO Sahabat Amal Care di bawah pimpinan pendakwah, Ustazah Asma’ Harun sempat merakamkan detik sebak pertemuan kembali 2 beranak itu.

“Sangat menyayat hati sewaktu team (Sahabat Amal Care) sedang melayani beliau, tiba-tiba cucu yang disangka telah m4ti hanyµt memegang bahu beliau dengan lembut dari belakang sambil sebut perlahan dengan nada sebak, ‘Tok’.

“Sesaat Aminah menoleh ke belakang dan terus merangkul cucunya itu dalam pelukan erat sambil menangis teresak-esak kedua-duanya. Siapa sangka, masing-masing rasa bagai sudah bertemu pengakhiran, rupanya Allah Ya Jami’ menyatukan mereka semula hari ini. Subhanallah, Allahuakbar,” titipnya.

“Tok Dah sediakan semua kelengkapan untuk m4ti, Tok dah tua ”

Malah team Sahabat Amal Care terkedu dengan persiapan yang beliau lakukan untuk hadapi hari kem4tian. Lengkap dengan kain kafan yang sudah disimpan kemas dalam almari dan duit untuk pengurusan jen4zahnya.

“Sebenarnya sejak tiga hari sebelum bah terjadi, Tok rasa membuak sangat dada dengan rasa rindu nak jumpa Nabi Muhammad.

“Banyak kali tok fikir rasa nak sangat jumpa Baginda, nak minum air telaga Baginda. Apabila dengar orang selawat Tok akan menangis. Tapi Allah datangkan air bah ni, Tok anggap mungkin dengan cara ni Dia nak bagi Tok jumpa Nabi,” cerita Aminah.

Ustazah Asma’ dalam hantarannya menyifatkan wanita itu merupakan seorang yang sangat zuhud walaupun diberi ujian yang dahsyat.

“Selalu bersangka baik dengan Allah, saya percaya sebab itulah hidupnya bahagia. Semasa banjir memasuki rumahnya, bukan sedikit kehilangan yang terpaksa ditanggung.

“Jujurnya beliau seorang yang sangat menginspirasikan, akhlak terhadap Allah sangat terpelihara. Semoga Tok Aminah sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dan diberi ganjaran syurga serta dibangkitkan bersama Nabi Muhammad SAW,” tutur Ustazah Asma’.

Siapa sangka di sebalik banjir besar yang melanda tersembunyi hikmah dan ibrahnya. Semoga urusan m4ngsa-m4ngsa banjir di tanah air di Baling, Kedah dipermudah dan ditabahkan hati dalam menghadapi dugaan ini.

Sumber FB Ustazah Asma’ Harun

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini