Wanita Terima Pampasan RM2.2 Juta, 30 Tahun Terpisah Dengan KeIuarga Kandung Sebab Tertukar

Bagaikan sinetron Indonesia, seorang wanita di Arab Saudi terpisah dengan keluarganya hampir tiga puluh tahun kerana tertukar secara tidak sengaja dengan bayi lain selepas dilahirkan.

Sepanjang tempoh tersebut, wanita ini dibesarkan oleh keluarga miskin sedangkan dia berasal daripada keluarga berada.

Terima pampasan

Lapor Middle East Monitor, wanita tersebut telah menerima pampasan sekurang-kurangya dua juta riyal (anggaran RM2.2 juta) berikutan ‘tragedi’ menimpanya. Wanita berusia 35 tahun ini, dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Makkah, namun, seorang jururawat yang memandikannya secara tidak sengaja menyerahkannya kepada ibu yang salah.

Menerusi laporan, wanita ini merasa terdapat perbezaan antaranya dengan ahli keluarga yang lain ketika proses dia membesar termasuk perbezaan dari segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup. Perkara tersebut secara tidak langsung mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Wanita ini bertindak membuat ujian tersebut selepas dia berkahwin dengan saudara dari keluarga bukan kandungnya dan melahirkan seorang anak lelaki.

Mula pencarian rekod

Sejurus mengetahui dia tidak mempunyai pertalian darah dengan ayahnya (keluarga miskin), wanita ini bertindak ke hospital bagi mencari rekod namun, ibu kandungnya sudah meninggal dunia sebelum sempat berjumpa dengannya.

Difahamkan, wanita yang terbabit dalam pertukaran bayi itu juga diberikan pampasan 1.7 juta riyal (anggaran RM1.8 juta) oleh mahkamah di Jeddah.

Sumber: Middle East Monitor

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini