Wanita Ini Ceritakan Detlk Pertama Berjumpa Suami ‘Arab’. Pada Mulanya Tidak Bertegur Pun. Sampailah Suatu hari……

PERTEMUAN yang tak disangka-sangka, namun soal jodoh itu semuanya ketentuan Allah.

Menurut Maisarah Omar, 32, dia dan suami, Hazim Qays Obaid Al-Sangoor, 36, bertemu secara tak sengaja pada tahun 2016.

Kisah pertemuan di Stesen LRT Hang Tuah, Kuala Lumpur itu turut dikongsi dalam bingkisan video menerusi aplikasi TikTok sehingga menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Mesra disapa Sarah, dia ketika dihubungi mStar sempat memperincikan kisah pertemuan itu yang akhirnya membawa kepada penyatuan secara sah pada 14 April 2018.

“Waktu jumpa pertama kali di stesen LRT, kami tak bertegur sapa. Kebetulan selepas itu kami terserempak pula di kedai 7 Eleven di bawah stesen itu.

“Dia tanya saya berasal dari mana, saya kata saya berasal dari sini (Malaysia). Tapi saya tak bagi nombor telefon.

“Tapi pada waktu itu saya bagi dia follow Instagram saya. Selepas itu barulah kami mula berkawan,” ujarnya.

Kata Sarah, ibu bapanya meminta jejaka itu untuk bertemu keluarga jika benar-benar serius menjalinkan hubungan dengannya.

Tidak lama kemudian, suaminya berkunjung ke kediaman ibu bapa Sarah di Sungai Petani, Kedah sebelum mereka mengikat tali pertunangan dan berkahwin setahun kemudian.

“Saya kata kepadanya, kalau you serius, mak ayah suruh datang jumpa mereka. Dia tiada saudara-mara di sini. Jadi sepupu dan beberapa kawannya datang ke kampung saya.

“Abah juga tanya sekiranya saya betul-betul nak kahwin dengan jejaka Arab. Setelah pertemuan itu diatur, kami bertunang pada 2017 dan kahwin pada 2018.

“Sekarang, kami dah ada seorang cahaya mata lelaki, usia dua tahun setengah. Saya juga kini hamil anak kedua, usia kandungan sudah mencecah empat bulan,” cerita Sarah lagi.

Pasangan ini sedang menanti untuk menimang cahaya mata kedua tak lama lagi.

Kata Sarah, dia sebenarnya tak pernah terfikir akan bertemu jodoh dengan jejaka luar negara, namun menerima segala ketentuan Ilahi dan bersyukur dengan perjalanan hidupnya.

“Waktu pertama kali kenal, saya tak pernah terfikir pun akan berkahwin dengannya.

“Tapi dia serius, keluarga dia pun terima seadanya dan minta kami kahwin secepat mungkin. Allah dah tentukan jodoh kami,” ujarnya.

Selain tular di TikTok, Sarah juga pernah berkongsi video perkahwinannya di YouTube sehingga meraih 1.2 juta tontonan.

“Selain mendapat tontonan 1.2 juta di YouTube, ramai juga yang komen, minta guide untuk kahwin dengan foreigner.

“Nasihat saya, jika betul-betul nak kahwin dengan orang luar, sila guna saluran undang-undang yang betul agar tak susah di kemudian hari.

“Alhamdulillah banyak komen yang baik-baik. Ada juga yang komen negatif, pertikai kenapa kahwin dengan orang luar negara,” ujarnya.

Kata Sarah, suaminya bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor.

Sarah pula merupakan suri rumah yang turut bekerja sebagai jurusolek sambilan untuk sebuah saluran televisyen tempatan.

Jelas Sarah, dia turut menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang meminta tunjuk-ajar mengenai proses perkahwinan dengan warga asing

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : MSTAR ONLINE

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini