Wanita Ini Buat `content` Masakan Guna Dapur Kayu, Tak Semua Sokong & Tak Sangka Sebabnya

Gara-gara mahukan kelainan, gadis ini sanggup memasak menggunakan dapur kayu untuk dikongsi sebagai content di media sosial.

Salah satu video yang dikongsi memperlihatkan dirinya sedang memasak char kuey teow dengan menggunakan dapur kayu.

Video yang dimuat naik itu setakat ini meraih hampir 120,000 tontonan di aplikasi TikT0k.

Berkongsi cerita, Rozana Mohaman Hamidi, 23 tahun berkata, video tersebut diambil daripada akaun Y0uTube miliknya yang banyak menyiarkan kandungan berkaitan masakan.

Tambahnya lagi, dia berbuat demikian kerana ada pengikut saluran tersebut yang ternanti nantikan dirinya untuk muncul di TikT0k pula.

“Sebenarnya saya ada YouTube channel sendiri, jadi video dari situ saya masukkan ke TikT0k. Sebab ada juga yang ternanti-nanti untuk saya buka akaun TikT0k.

“Dalam video tu saya tengah masak char kuey teow yang telah saya gunakan sebagai konten di akaun Y0uTube.

Dia terpaksa meletak dapur kayu pada bahagian yang tinggi kerana ia memerlukan api yang besar.

“KebetuIan memang dah suka memasak pakai dapur kayu sejak dulu lagi walaupun dekat rumah ada je dapur gas biasa, Kalau pakai dapur kayu ni, aroma dia tu akan masuk dalam masakan dan jadi lebih sedap,” katanya yang berasal dari Batu Kurau, Perak.

Lebih mesra disapa Rozek, dia minat memasak sejak darjah dua dan mengakui memasak menggunakan dapur kayu mempunyai kepuasannya sendiri.

Walaupun mempunyai lebih 100,000 pengikut dan menyediakan content lain dari yang lain, namun ada juga yang kurang senang dengan cara yang digunakan kerana dianggap hanya menyusahkan dirinya sendiri.

“Saya beIajar memasak sejak darjah dua lagi dan banyak belajar daripada ibu, ayah dan kakak. Rasa seronok masak di luar rumah guna dapur kayu sebab feel tu lain.

“Ada juga yang komen kenapa nak kena guna dapur kayu dan menyusahkan diri sendiri? Sebenarnya tak susah pun nak kawaI api guna dapur kayu, tiada masalah seperti disambar api sebab saya dah biasa masak dengan cara itu,

“Saya lebih risau perkara seperti minyak panas terjatuh ke atas kaki ketika sedang memasak, jadi perlu lebih berhati-hati,” ujarnya.

Berbicara tentang cabaran yang dihadapi sepanjang menghasilkan video masakan, Rozek menjeIaskan, kadangkala proses rakaman video terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca.

Jelasnya lagi, jika berlaku keadaan seperti itu dia akan menyambung sesi rakaman pada hari lain kerana mahu menjaga kualiti video yang dihasiIkan.

“Bila memasak di luar ni cabarannya ialah cuaca, kalau tiba-tiba hujan memang saya terpaksa hentikan proses rakaman dan buat semula pada hari lain. Kejadian itu berlaku waktu saya nak rakam video masak ayam golek madu, kari ikan tenggiri dan roti john pasar malam.

“Kalau nak sambung semula selepas hujan berhenti boleh je cuma nanti mood nak memasak dan suasana di luar tu tak samalah dengan keadaan sebelum hujan. Mesti penonton perasan pula ada perbezaan di dalam video.

Saya harap video masakan ini sampai ke tahap internationaI.

“Saya akan mula buat video pada jam 10 pagi kerana waktu itu cahaya di luar masih cantik dan pastikan semuanya siap sebelum waktu Asar.

“Semua video yang dihasilkan itu adalah dengan bantuan adik saya. Dialah yang jadi jurugambar dan tolong edit video, kalau tak ada dia memang tak jadilah semua video masakan saya,” katanya.

Menurut anak kelima daripada sembilan adik beradik itu, dia gembira kerana ada yang menghargai dan memuji konten masakan yang dikongsi olehnya

Rozek juga berharap agar videonya itu dapat sampai ke tahap antarabangsa dan dilihat oleh penonton dari seluruh dunia.

“Saya rasa sangat gembira bila ada yang hargai dan berkongsi resepi masakan dengan orang ramai,” katanya yang menjual produk kosmetik secara online sebagai sumber pendapatan.

“Mereka juga puji kerana saya yang muda ini pun reti memasak lauk dengan menggunakan bahan seperti kepaIa kambing, belangkas dan kulit lembu.

“Saya harap video masakan ini sampai ke tahap antarabangsa, sebab tu kadang-kadang saya ada juga letak tajuk dalam Bahasa lnggeris dengan harapan adalah juga penonton dari luar negara,” katanya.

Sumber mStar

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini