Wanit̷a ‘Perg̷i’ Di Pangku̷an Suami 30 Min̷it Selepas Berk̷ahwin Setelah 3 T̷ahun Bertun̷ang

Mendirikan rumah tangga bersama pasangan tercinta sudah semestinya menjadi impian buat semua. Namun, apa yang kita sebagai manusia hanya mampu lakukan adalah merancang seterusnya adalah urusan Allah SWT.

Begitu juga dengan kisah menyayat hati ini apabila seorang wanita meninggal dunia apabila hanya sempat 30 minit sahaja bergelar isteri. Bukan sahaja luluh perasaan suami, malah perasaan seorang ayah kepada wanita tersebut juga meruntun hati.

Kisahnya berlaku apabila pasangan mempelai berkenaan dikatakan pulang ke rumah mereka sekitar 30 minit selepas tamat acara perkahwinan mereka. Apa yang menyedihkan adalah pengantin perempuan bernama Nadia Taha sebelum itu sempat menelefon ayahnya dan berkongsikan perasaan gembira kerana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati selepas 3 tahun bertunang.

Memetik laporan middleeastin, keadaan bertukar panik apabila Nadia dipercayai mengalami serangan jantung lalu menghembuskan nafas tearkhir di pangkuan si suami.

HAFAL AL-QURAN & SOLAT AWAL WAKTU

Memang meruntun hati seorang bapa apabila melihat anak perempuanya terbaring kaku di apartment milik anaknya. Apa yang mengejutkan adalah wanita tersebut tidak menunjukkan apa-apa petanda pelik dan nampak sihat sahaja.

Pemergian pada usia muda iaitu usia 20-an memang menyedihkan. Dedah ayah kepada Nadia, anakmya merupakan seorang penuntut jurusan di institusi keagamaan dan juga menghafal kitab suci Al-Quran. Bahkan Allahyrhamah juga patuh terhadap suruhan agama Islam, termasuklah sentiasa solat di awal waktu.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber dipetik dari MYKMU,SL, middleeast.in

Kredit: Mytv Viral