Walaupun Terkenal Dengan Imej Bertopeng,Namun Bandi Amuk Luah R4sa Syukur Dapat Khatam Al-Quran, Alhamdulillah

Bagi pencinta muzik rock Tanah Air pasti mengingati Bandi Amuk, 57 yang cukup sin0nim dengan topeng muka ketika berada di atas panggung.

Dia yang kini lebih selesa menjalani kehidupan sebagai bapa dan datuk dilihat sudah melepaskan topeng muka yang dahulu menyembunyikan wajahnya dari tatapan peminat.

Khatam al-Quran lepas tiga tahun belajar
Menerusi Harian Metr0, penyanyi tersebut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T selepas berjaya khatam al-Quran apabila mengambil masa lebih dari tiga tahun mempelajarinya bersama seorang ustaz.

“Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.”

“Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti,” Katanya kepada sumber.

Sayang nak tinggalkan kelas

Bandi Amuk atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat yang kini menetap di Johor Bahru mengakui sebelum ini sanggup mengambil penerbangan awal andai mempunyai persembahan di Sabah atau Sarawak semata-mata enggan ketinggalan mengikuti kelas mengaji jam 8.30 malam.

“Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.

“Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya,” Jelasnya.

K0ngsi di FB sebagai semangat untuk orang lain

Menurut Bandi lagi, dia sama sekali tidak berniat menunjuk-nunjuk namun sebelum ini ustaz yang mengajarinya meminta izin untuk memuatnaik perkara tersebut di Facebook.

Jadi, dia berbesar hati andai apa yang dik0ngsikan dapat memberi semangat kepada orang lain untuk mempelajari al-Quran juga.

“Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.”

“Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas. Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih,” Katanya.

Dia yang kini turut membantu isteri mengusahakan perniagaan karipap frozen di Johor Bahru sempat mengajak orang ramai untuk sama-sama mempelajari al-Quran supaya mempunyai bekalan untuk kehidupan yang akan datang nanti.

“Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti.” Tambahnya

– Sumber dipetik dari ohmymedia, Harian Metr0 (Ridzuan Abdul Rahman), Nasabandi Jumat

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini