“Walaupun Ditarik Rezki,Tetapi Allah Bagi Peluang Untuk Hidup”Azhan Rani

KUALA LUMPUR: Aktor Azhan Rani, 45, yang ditimpa kem4langan motosikal, bulan lalu, reda ada penerbit menggugurkan namanya daripada senarai pelakon selain watak diubah kepada aksi ‘cameo’ atau penampilan khas berikutan keced3raan dialami.

Azhan yang ceder4 bahu dan tulang rusuk akibat kem4langan itu berkata, penerbit terp4ksa menawarkan watak kepada pelakon lain bagi memastikan kelancaran kerja penggambaran.

“Jika hendak diikutkan, jadual lakonan penuh hingga Jun. Namun, disebabkan keced3raan dialami, ada penerbit terp4ksa cari pelakon lain menggantikan saya.

“Setakat ini, kerja penggambaran yang sudah mendapat pengesahan adalah drama Kampung Latah Kena Kuarantin yang diterbitkan syarikat produksi milik pelakon Nazia Mustafar. Kami akan memulakan penggambaran pada 15 Februari depan.

“Drama itu sepatutnya sudah lama ‘shooting’, namun, disebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerja tertangguh. Sejujurnya, saya reda dengan apa yang berlaku (terhadap projek lain yang tidak dapat dijayakan).

Azhan sudah kembali ke lokasi penggambaran dua hari lalu biarpun dinasihatkan doktor agar berehat. Foto IG Azhan Rani

“Allah tarik nikmat rezeki tetapi Dia beri saya peluang untuk hidup. Jadi, saya tidak boleh mengeluh,” katanya kepada BH Online.

Pada 16 Januari lalu, pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama rantaian Nur itu terbabit dalam kem4langan apabila motosikal ditunggang bertembung motosikal lain yang tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ ketika melalui Jalan Templer, Rawang.

Azhan berkata, biarpun dinasihatkan doktor agar berehat enam bulan akibat keced3raan dialami, dia terp4ksa bekerja berikutan pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan.

“Doktor nasihatkan saya berehat enam bulan untuk memastikan kecederaan pulih. Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana ada komitmen bulanan yang harus dilunaskan.

“Sebelum ini, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), pendapatan saya terjejas.

“Takkanlah saya hendak duduk berpeluk tubuh lagi… Mereka yang kerja sendiri faham keadaan saya,” katanya.

Sehubungan itu, sejak dua hari lalu, Azhan sudah kembali ke lokasi penggambaran.

“Namun, watak yang diberi ringan. Contohnya, dalam salah sebuah drama yang dijayakan, saya sepatutnya bawa watak utama.

“Namun, disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, saya diberi watak ‘cameo’ dan hanya muncul pada awal cerita sahaja,” katanya.

Azhan bagaimanapun berharap produser drama tidak takut menawarkan dirinya peluang berlakon biarpun belum pulih sepenuhnya.

Tambah Azhan, dia boleh berlakon selagi watak ringan tanpa membabitkan adegan aksi.

“Bukan semua projek menggugurkan saya. Ada juga syarikat produksi yang belum memberi maklum balas. Saya perlu telus kerana tidak mampu melunaskan tanggungjawab sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, Azhan berkata, dia perlu berulang alik ke hospital dua kali seminggu untuk menjalani sesi fisioterapi selain senaman di rumah.

“Saya masih dalam proses untuk pulih. Bahu saya cedera selain tulang rusuk keempat, kelima dan keenam ret4k. Saya tidak boleh bersin atau batuk terlalu kuat.

“Pergerakan juga perlahan. Namun, doktor beritahu proses pemulihan saya menunjukkan tanda positif.

“Doktor beritahu tulang rusuk boleh baik dengan sendiri, tidak perlu pembedahan dan sebagainya. Cuma saya terpaksa menanggung sak1t sementara sembuh,” katanya.

Sumber: BH

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini