Wal̷aupun Kedua Bel̷ah T̷angan Tiada Tapi M̷ampu J̷ana Seminggu RM800. Bagaim̷ana Dia Kehil̷angan T̷angan Dicerit̷akan Dan Dia M̷asih M̷ampu Berj̷aya Hari Ini

“SETAKAT ini penerimaan pelanggan amat baik, cuma majoritinya akan bertanya bagaimana saya menunggang motosikal dengan tangan kudung.

“Mungkin mereka tidak menyangka saya boleh melakukannya,” kata Syed Mohd Syahrain Syed Fadzin, 24 .

Syed Mohd Syahrain mendapat pujian netizen selepas seorang pengguna Twitter berkongsi rasa kagumnya terhadap pemuda berkenaan yang memperoleh pendapatan RM600 hingga RM800 seminggu hanya dengan bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa

Bagaimana Kejadian Kehilangan Tangan Diceritakan

Lebih menarik perhatian apabila Syed Mohd Syahrain dapat melakukan pekerjaan itu walaupun kedua-dua tangannya kudung selepas terkena bom di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor ketika berumur sembilan tahun pada 2003.

“Ketika itu saya bermain di hadapan kawasan Penjara Sungai Buloh dan menemui satu objek. Saya tidak sangka ia adalah bom yang masih aktif.

“Saya pegang objek berkenaan dan ia meletup menyebabkan kedua-dua tangan saya hancur,” katanya.

Menurutnya, dia bekerja dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda sejak tiga minggu lalu dan bersyukur kerana diterima baik majikan serta rakan sekerja walaupun mempunyai kekurangan fizikal.

Katanya, sebelum ini dia bekerja sebagai penghantar alat tukar ganti kenderaan, tetapi nekad berhenti selepas enam tahun melakukan pekerjaan itu kerana mahukan kerjaya yang memberi pendapatan lebih baik.

“Ketika dipanggil untuk sesi temu duga, saya agak keberatan untuk hadir kerana bimbang jika tidak diterima bekerja.

“Malah, saya turut menceritakan keadaan sebenar kepada majikan untuk makluman mereka dan mujurlah syarikat terbuka menerima saya sebagai kakitangan walaupun berstatus orang kurang upaya.

“Setakat ini saya tiada masalah menghantar makanan kepada pelanggan kerana sudah biasa menunggang motosikal, malah seronok kerana mendapat gaji mingguan sehingga RM800 dalam seminggu,” katanya yang menetap di Kampung Merbau Indah, Sungai Buloh, Selangor.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, peluang dan kepercayaan diberi majikan tidak akan disia-siakan sebaliknya dia berazam bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Saya bersekolah sehingga tingkatan empat saja dan selepas berhenti, saya mula berdikari dengan bekerja sebagai pencuci kereta selama dua tahun sebelum menjadi penghantar alat ganti kenderaan dan kini penghantar makanan.

“Semua itu dilakukan kerana saya mahu mendapatkan duit dengan hasil titik peluh sendiri supaya dapat meringankan beban keluarga terutama nenek, Ramlah Anang yang membesarkan saya.

“Tak sangka pula apa saya lakukan ini mendapat perhatian netizen dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

“Saya harap ia memberi inspirasi kepada masyarakat terutama komuniti OKU di luar sana,” katanya.

Sumber Artikel: Hmetro Online Via KualaLumpur Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini