W4nita lni T4k Kalah Pada Sih1r Walau Bisnes B4nyak Kali H4ncur Dan Hampir Mufl1s! D4h L4li Orng Kata ‘Kau B0doh Tinggal Kerja Kerajaan’

BANGKIT bila ditolak jatuh bangun la semula, bangkit bila diluka nanti pulihlah semula, bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua… demikian lirik lagu Bangkit nyanyian DJ Fuzz, Altimet dan Salam yang pastinya menyentak perasaan sesiapa yang pernah berhadapan dengan kesulitan.

Ada juga yang menyifatkan lagu tersebut sebagai pembakar semangat untuk kembali pulih selepas mengalami kejatuhan atau ditimpa mus1bah.

Seperti Maria Muda, dia juga pernah ‘jatuh’ beberapa kali sehingga hampir diisytiharkan muflis selain terpaksa bergantung hidup dengan ibunya, Mek Esah Harun yang sudah menjangkau usia emas dan dua orang kakak, Faridah, 45, serta Salmah, 39.

Memulakan ceritanya kepada mStar, wanita cekal berusia 37 tahun itu memberitahu, jiwanya sudah sebati dengan bisnes kerana mewarisi kemahiran neneknya, seorang peniaga di pasar suatu ketika dulu.

“Saya memang buat bisnes sejak kecil, masa sekolah rendah lagi saya dah jual kacang dalam kelas. Kakak akan goreng kacang malam-malam, esok saya bawa pergi kelas untuk jual.

“Malah, waktu saya jadi student nurse di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh Selangor sekitar tahun 2006 hingga 2007, saya berbisnes juga… antara yang saya buat adalah jadi ejen lesen kereta. Masa tu student nurse semua dah capai umur 18 tahun ke atas jadi ramai nak buat lesen kereta.

“Saya dapat RM50 bagi setiap orang yang daftar, saya buka iklan kat student sahaja sebab masa praktikal kat HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)… kalau kerja pagi, waktu petang tu saya akan naik LRT atau monorel ke kawasan flat untuk letak flyers yang saya buat sendiri.

“Saya pergi ke setiap flat dan letak dalam peti surat, jadi sapa yang nak dia akan hubungi saya. Masa tu, memang dapat banyak pelanggan di samping menjadi ejen katalog dan selepas itu saya niaga produk Tupperware dalam tiga tahun, juga Shakelee sebab tahun 2013 memang ‘meletup’. Dalam tempoh 10 bulan saya naik ranking tinggi dalam Shakelee,” katanya.

Bercerita lanjut, graduan Diploma Kejururawatan itu memberitahu, selepas menamatkan pengajian, dia berkhidmat sebagai jururawat terlatih di Hospital Pulau Pinang selama lima tahun sebelum ditukarkan ke Hospital Pekan, Pahang.

“Saya adalah staff nurse kerajaan, start kerja dari 2008 hingga 2014. Di Hospital Pekan saya berkhidmat selama enam bulan, selepas tu saya cuti tanpa gaji sebelum ambil keputusan untuk resign bagi meneruskan perniagaan Shakelee yang dimulakan sebab bisnes adalah impian saya dan memang dah niat untuk tidak bekerja sebagai nurse sampai tua… maksudnya saya tak nak pencen sebagai nurse.

Antara kenangan Maria semasa bertugas sebagai staff nurse.

“Pada 2015, saya berhenti dalam keadaan yang tidak bersedia. Saya melahirkan anak kedua, Fatin Nur Maisarah pada 2014, pada masa tu saya mohon cuti tanpa gaji dalam dua tahun dan saya dapat.

“Tapi selepas setahun saya dipanggil bekerja dalam tempoh 24 jam kerana ada orang report saya buat bisnes. KKM (Kementerian Kesihatan) hantar surat suruh saya masuk kerja, masa tu saya baru berp1sah dengan suami dalam tiga bulan, anak kedua pula masih baby dan ayah saya tengah sak1t sebelum meningg4l dunia pada November 2015.

“Itu antara sebab yang saya memang tak nak masuk kerja dan resign 24 jam. Masa tu income memang okay dan saya master coordinator Shakelee, tapi pada masa sama saya dalam keadaan bermasalah,” luahnya s4yu kerana bisnes tersebut kemudiannya jatuh perlahan-lahan.

Menurutnya lagi, tempoh paling getir yang dialami adalah pada 2018 yang mana perniagaannya ‘hancur’ selain mengalami beberapa tanda-tanda yang menjurus kepada amalan m1stik dan sih1r.

Maria bersama-sama kedua-dua anaknya.

“Sebenarnya saya tidak sedar disihir. Pada waktu tu saya dah tidak semangat untuk bisnes, saya dah tak buat kelas untuk team, malahan team yang besar dah hancur… income pun merudum. Saya start berubat pada Januari 2018 sebab masa tu dah rasa saya bukan macam diri sebenar dan selepas mendapat nasihat daripada ustazah anak sulung saya.

“Saya terlampau baran, dengan anak pun saya jadi terlampau garang sampaikan anak buat salah sikit pun saya pukul. Selain tu, saya hilang selera makan selama tiga minggu sehingga berat turun 10 kilogram.

“Bisnes memang hancur, kewangan tiada dan saya tidak ada semangat bisnes. Team MLM semua dah lari, bila saya berkawan dengan lelaki saya akan jadi benci tanpa sebab dan muka saya breakout yang sangat teruk, bukan jerawat biasa tetapi yang hitam-hitam bernanah tu.

Lebih menggembirakan apabila saya dapat bagi semula duit kepada mak. Masa saya jatuh dulu, mak yang sara saya. Pada tahun sama saya beli kedai sebab rumah saya dah tak muat nak letak produk.
MARIA MUDA
“Saya hampir muflis sebab saya dah tak dapat bayar pinjaman bank. Bila dah banyak bulan tak bayar, bank asyik call sampai akhirnya saya dapat notis kebankrapan. Bagi mengelakkan nama saya disenaraikan muflis, saya pinjam duit kakak dan beberapa orang kawan untuk bayar tunggakan.

“Lepas beberapa bulan saya kumpulkan semangat, kemudian baru decide nak jadi ejen insurans. Saat itu saya dis1hir sekali lagi hinggakan saya terpaksa berhenti jadi ejen insurans.

“Tahun 2019 saya start bisnes baru jual produk lokal bermodalkan RM530, Alhamdulillah saya naik balik dan berjaya pelbagaikan produk termasuk jual pisang salai. Daripada situ duit beranak-ranak sehingga dapat beli tanah cash, barang kemas untuk saya dan anak-anak serta mak.

“Lebih menggembirakan apabila saya dapat bagi semula duit kepada mak. Sebab masa saya jatuh dulu, mak yang sara saya. Pada tahun sama saya beli kedai sebab rumah saya dah tak muat nak letak produk,” ujarnya.

Bagaimanapun, kegembiraan yang dialami ibu tunggal itu sekali lagi terhenti apabila dia sekali lagi ‘terjatuh’ kerana sekitar Januari 2021 dia mengalami depresi yang teruk sehingga perlu mengambil ubat secara berjadual.

Syarikat kurier yang bau tiga bulan dibuka di Kuantan, Pahang.

Namun katanya, depresi yang dialami tidak mematahkan semangat dan dia berusaha untuk berada kembali di atas landasan menerusi perniagaan kurier yang dirancang bersama kakaknya.

“Saya buka ninja van pada Disember 2021, lagipun saya banyak guna kurier untuk pos produk. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tiga bulan buka syarikat ni di Kuantan, saya tidak mengalami sebarang kesukaran melainkan perlu melakukan setiap tugas sendiri kerana pekerja berhenti atas faktor kesihatan.

“Modal untuk membuka syarikat kurier adalah hasil simpanan daripada bisnes produk lokal selama tiga tahun. Saya berharap ia berterusan dan meningkat,” ujarnya tabah walaupun pernah diperlekehkan kerana berhenti kerja kerajaan.

Mengakhiri ceritanya, ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan, dia juga sudah lali dengan ‘kecaman’ orang sekeliling yang sering mengatakan dia bodoh kerana ‘melepaskan’ kerja kerajaan selain memperlekehkan usahanya untuk menjadi usahawan berjaya.

Tambahnya, video TikTok yang mendapat tontonan melebihi 575,000 pelayar dan 22,500 tanda suka adalah untuk membuktikan yang dia tidak kesal dengan keputusan yang dibuat malah gembira dengan bisnes kurier yang baru dibina.

Sumber:Oknews

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini