Viral Reaksi Lucu Kanak2 Di Usik Oleh Ayahnya, ‘Baca Doa Sbb Nak Halau H4ntu’ Buat Warganet Geli Hati

Kehadiran anak-anak kecil dalam keluarga semestinya memberikan keceriaan dan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Seakan yang memberikan sinar dengan pelbagai keletah mereka, kadang-kadang mereka ini cukup tulus dan menghiburkan.

Apatah lagi jika anak-anak ini mempunyai ragam tersendiri dan cukup bijak. Sama seperti keletah budak comel yang menjadi tular baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang lelaki cuba menakutkan kanak-kanak perempuan yang masuk ke dalam sebuah bilik.

Sebaik sahaja dia masuk, anak ini terus beristighfar kerana terkejut dengan ‘lembaga’ berkenaan. Malah apa yang dibuat oleh anak kecil ini kemudiannya juga telah membuatkan ramai tertawa melihatkannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman keletah budak comel cuba ditakutkan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun cikk_hellokitty_:

Alahai comel sungguhlah anak kecil ini! Perkongsian rakaman keletah budak comel cuba ditakutkan ini telah meraih lebih 3.7 juta tontonan dan 328 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan adik comel ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Berani betul anak nya”

“Nanti besar boleh la jalan kubur malam malam. Bacakan doa kat ayah ataau mak. Orang lain takut dia tak”

“Baguslah tu makan hantunya kalau hantunya tak mau lari keluar haha”

“Betul lawak adek ni. Comel ja adik ni”

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini