Viral Hadiahkan Seekor Kambing Pada Hari Perkahwinan Sahabat…”Hadiah Paling Mahal” – Netizen

Sudah menjadi kebiasaan kita apabila memberikan hadiah kepada rakan-rakan yang mendirikan rumah tangga bagi meraikan hari bahagia mereka.

Walaupun pemberian tersebut bukanlah suatu kewajipan, namun ia tetap membuatkan pengantin berasa gembira dan mungkin juga pemberian itu dapat membantu mereka memulakan kehidupan baru bersama.

Sahabat pun buat hal!
Namun begitu, ada juga rakan-rakan yang memilih untuk bergurau dengan memberikan sesuatu hadiah yang ‘diluar jangka’.

Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun TikTok dikenali sebagai denhsx apabila memuat naik kerenah rakan pengantin yang datang sambil membawa seekor kambing sebagai hadiah perkahwinan.

Hadiah kahwin buat sahabat
Menerusi kapysen yang disertakan, lelaki tersebut hanya menulis ucapan ringkas selamat pengantin baru buat sahabatnya.

Kambing yang dibawa oleh lelaki itu disambut dengan gelak ketawa pasangan pengantin kerana terhibur melihat kerenah rakannya.

Halus kiasan member

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur melihat kerenah rakan pasangan pengantin itu.

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan hadiah seekor kambing hidup itu seperti mempunyai maksud tersirat supaya pasangan pengantin segera mempunyai anak dan bolehlah membuat aqiqah memandangkan haiwan sembelihan juga sudah ada.

Walau bagaimanapun, mereka dilihat gembira dan tertawa dengan kerenah sahabat pengantin yang pastinya memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan tersebut.

Mana nak letak kambing tu

Risau kambing tu ingat dia lauk tambah

Tersirat seribu makna

Hadiah mahal ni

Sumber:Ohmm

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini