Vir̷al Video B̷apa Kena Surprise Di Hari L̷ahir, An̷ak Cerita Kis̷ah Belak̷ang Tabir

Baru-baru ini, v!ral di media sosial video seorang ayah menangis gara-gara kena ‘prank’ hari lahir daripada anak-anaknya.

Dalam suasana PKPB di beberapa negeri sekarang ini, video tersebut telah menggamit memori dan juga menyentuh emosi sesetengah warganet yang merindui ibu bapa mereka kerana tidak boleh pulang ke kampung.

Menurut Harian Metr0, empunya video tersebut, Amir Isa, 27, yang merupakan salah seorang daripada lima beradik yang melakukan prank tersebut kepada bapa mereka berkata, video kej0tan itu dirakam pada April 2019 di kampung halamannya dekat Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Bapa mereka, Mat Isa, 56, katanya sebak kerana menganggap anak-anak sudah lupa tarikh hari lahirnya sehingga menyebabkan dia mengalirkan air mata.

Pun begitu, tidak dia sangka rupa-rupanya dia telah ‘dikenakan’ oleh anaknya-anaknya sendiri apabila mereka tiba memberi kej0tan dengan membawa kek serta hadiah di hari tersebut.

“Kebiasaannya, tepat 12 malam pasti salah seorang daripada kami akan mengucapkan selamat hari jadi kepada ahli keluarga pada tarikh kelahiran masing-masing menerusi kumpulan WhatsApp.

“Namun, pada tahun lalu, kami membuat sedikit kelainan dengan merancang ‘prank’ (gurauan) kepada ayah dengan cara pura-pura tidak mengingati tarikh kelahirannya supaya kej0tan sambutan itu menjadi,” kata Amir.

Tak Sangka Ayah Menangis

Tambah Amir lagi, tidak pula dia sangka bapanya yang selalu ceria itu akan menangis ketika rakaman video tersebut dibuat.

Serba salah jadinya, apabila ayah menangis kerana ‘prank’ yang kami lima adik beradik rancang.

“Sebaik saja ayah menangis kami terus pel0k dan menenangkannya serta menganggap sambutan hari jadi itu adalah memori bermakna buat kami sekeluarga,” katanya

Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik berkata, tujuannya memuat naik video throwback itu kerana ingin mengimbau kenangan bersama keluarga.

“Sudah lebih dua bulan saya tidak pulang ke kampung disebabkan mematuhi sekatan pergerakan dan mahu sama-sama meme.rangi penu.laran C0vid-19.

“Saya lihat ramai di media sosial memuat naik memberikan hadiah serta kej0tan kepada ibu bapa mereka dan kerana itu saya membuat perk0ngsian majlis hari jadi ayah itu di Twitter,” katanya.

Video yang dimuat naik Amir itu kini mendapat lebih 31,000 retweet dan 36,700 likes di Twitter serta mendapat komen positif daripada warganet.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto dipetik dari Lobak Merah, Twitter

Kredit: mytvviral