[VIDEO] Ust̷az Ebit Lew B̷antu Pemud̷a Kudun̷g Tingg̷al Di Tepi Jal̷an

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kcederaan semasa bekerja dahulu.

Menerusi hantaran Ustaz Ebit di Instagramnya, dia berasa sedih melihat keadaan seorang lelaki bernama Hock Kian Siong yang tinggal di tepi jalan yang hanya menggunakan zink sebagai tempat berteduh.

Menurut Ustaz Ebit, lelaki itu sebelum ini bekerja sebagai tukang pembaik penghawa dingin tetapi hilang sebelah tangan selepas alat elektrik melet0p.

“Hidupnya semakin susah masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dia telah berkahwin dengan orang Indonesia dan mempunyai dua orang anak.

“Tadi abang Hock menangis kerana rindu isteri dan anak-anaknya, semenjak PKP tak jumpa. Abang Hock memegang kad pengenalan warna biru dan berasal dari Gombak,” katanya.

Jelasnya, lelaki itu bersyukur dapat berjumpa dengan Ustaz Ebit kerana sudah lama menyimpan keinginan untuk bertemu muka dengannya.

“Hari ini Allah kabulkan, sedih bila bab anak-anak. Kami bawa ke penempatan kami dan carikan bilik untuknya, begitulah bahagian ujian hidup.

“Di saat saya rasa sedih berjauhan dengan keluarga sekejap-kejap, ada orang sudah bertahun tidak jumpa anak-anak, telefon anak-anak menangis rindu,” jelasnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam hantaran itu, Ustaz Ebit turut meminta orang ramai agar terus mendoakan abang Hock agar dipermudahkan urusannya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari Xtra, Instagram Ebit Lew

Kredit: Mytv Viral