[VIDEO] “Tersent̷uh Sangat Sebag̷ai An̷ak Aku Rasa Macam ‘F̷ail’ ”- Seb̷ak Nampak Ay̷ah Masih Bekerj̷a Walaupun Sudah Berusi̷a

Perasaan anak mana yang tidak sedih apabila melihat ayahnya yang sudah berusia masih bekerja untuk keselesaan anak-anak.

Seorang pengguna TikTok bernama @brassicaolerasia, telah berk0ngsi mengenai ayahnya yang masih bergeIut untuk bekerja walaupun sudah berusia.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurut wanita tersebut, dia terkej0t melihat ayahnya melakukan kerja-kerja di rumah orang selepas selesai menghantar tilam yang dijualnya kepada pelanggan.

“Tadi masa pegi COD tilam kat customer, tiba-tiba aku nampak ayah aku weh. Cepat-cepat aku undur kereta. Dia tengah buat kerja kat rumah orang.

Klip video itu menunjukkan ayahnya yang masih kuat bekerja sehingga dia tidak perasan apabila wanita itu memanggilnya berkali-kali.

Namun, apabila dia melihat ayahnya bekerja keras membuatkan dia berasa sebak kerana merasa dirinya gagal sebagai seorang anak.

“Aku tersentuh sangat. Sebagai anak aku rasa macam ‘fail’. Aku masih tak mampu nak bagi ayah aku berehat. Dari aku kecik dia kerja.

“Banyak kali aku panggil dia tak perasan. Puas aku panggil baru dia berpaling. Tapi itulah seorang ayah. Mana dia nampak letih. Senyum lagi adalah.

“Semoga Allah bagi rezeki melimpah ruah untuk aku. Aku nak bagi mak ayah aku senang. Tak payah kerja lagi dah.

“Nanti dah cukup duit nak bawak mereka pergi Mekah. Tu harapan aku. Doakan aku,” katanya.

VIDEO:

Perk0ngsian video itu telah meraih lebih 899.1k tontonan dan 133.2k tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video diambil dari Xtra, TikTok | Via Mytv Viral