[VIDEO] Suami Sebak Isteri Sanggup Susah Bersama

Memiliki pasangan hidup yang saling memahami antara satu sama adalah satu impian setiap pasangan yang berumahtangga.

Pasangan yang bahagia tidak semestinya dilimpahi dengan kebendaan atau kemewahan, kadang-kala cukup semuanya serba sederhana dan diberikan kasih sayang yang secukupnya.

Kejayaan seorang suami kerana berdirinya seorang wanita yang kuat dibelakang suaminya tanpa henti memberikan sepenuh dor0ngan dan sok0ngan demi masa depan yang cerah.

Walaupun ada segelintir yang mementingkan kebendaan, namun jika pasangan anda dapat sama-sama mengharungi kesusahan hidup untuk bersama dengan anda ia juga merupakan salah satu rezeki yang tidak ternilai.

Tidak semua pasangan mahu dilimpahi kemewahan

Begitulah juga dengan kisah yang dik0ngsikan di oleh seorang lelaki bernama Mohd Najib Amin di aplikasi TikTok.

Menerusi aplikasi berkenaan, lelaki ini berk0ngsi satu rakaman video mengapa dia begitu sayang akan isterinya.

Kenapa aku sayang isteri aku sorang nie

Gelagat isteri naikkan cermin secara manual sebakkan suami

Video berkenaan memaparkan gelagat suami isteri ini di dalam sebuah kenderaan dan memperlihatkan isterinya yang sedang menaikkan cermin van manual mereka.

Selain itu, lelaki ini turut menjelaskan wanita berkenaan tidak pernah merung0t dan mengel0h dengan kehidupan mereka sedang lalui bersama ketika ini.

Sanggup hidup susah mula dari bawah

Apa yang menyentuh hati adalah, isterinya yang dikenali dengan nama Fara Dila sanggup hidup susah dan menjalani pahit manis bersamanya sebagai suami isteri.

Malah, lelaki ini turut berjanji untuk bekerja dengan lebih keras lagi supaya dapat membeli kereta yang diidamkan oleh isternya suatu hari nanti.

Moga suami dapat penuhi impian isteri suatu hari nanti

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dan terharu dengan kisah pasangan ini.

Mereka turut kagum dengan cara lelaki ini menghargai isterinya dan berharap semoga dia dapat menghargai isterinya serta bahagia hingga ke jannah.

Hampir 300,000 tont0nan setelah dimuat naik

Rakaman video yang dik0ngsikan oleh saudara Mohd Najib Amin ini telah berjaya mendapat tont0nan hampir 300,000 selepas dimuat naik.

Semoga kisah ini menjadi contoh untuk kita semua supaya lebih menghargai pasangan dan berusaha untuk membahagiakan pasangan kita di masa hadapan. – Sumber dipetik dari Yoy Network

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! The Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Mytv Viral

Jom join group ni.. Istimewa untuk masing2 share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini