[VIDEO] Perkongsi̷an Ilmu Tent̷ang Pen̷apis Air Hal̷al, Warg̷anet Puji Pemuda Ini

Seperti yang kita ketahui, umat Islam amatlah menitikberatkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan halal dan haram.

Bukan sahaja dari segi pemakanan, namun barang-barang yang digunakan seharian juga penting kita ambil tahu dari mana asal usul buatannya demi mengelakkan syubhah atau was-was.

Baru-baru ini seorang pemuda berbngsa Cina di TikTok telah berk0ngsi tentang kepentingan memilih penapis air yang mempunyai sijil Halal.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Katanya, penapis air yang mempunyai sijil Halal adalah Assign of Quality.

Oleh kerana mahu menjimatkan kos pengeluaran, karbon yang ada pada bahagian tengah-tengah penapis air diperbuat daripada tuIang haiwan termasuk tuIang ba bi ataupun khin zir di mana haiwan tersebut haram dalam agama Islam.

Manakala seIaput tengah penapis air juga boleh diperbuat daripada bulu haiwan.

Yang lebih mengej0tkan warganet di TikTok adalah apabila pemuda tersebut berk0ngsi sekeping akhbar yang menyatakan sudah ada 120 jenis penapis air yang tidak mempunyai sijil Halal.

Hal tersebut membuatkan pemuda itu berasa tidak adil kepada rakan-rakan yang beragama Islam dan vegetarian yang amat cakna tentang barang-barang yang dihasilkan daripada haiwan.

Dia sempat memesan agar semua warganet yang menont0n videonya itu untuk periksa semula penapis air masing-masing dan manfaatkan perk0ngsian yang telah dibuatnya di laman TikTok.

Ramai yang memuji sifat murni pemuda tersebut kerana sudi berk0ngsi ilmu baharu dengan rakan-rakan Muslim dan vegetarian yang lain. Warganet juga menghargai sifat prihatin yang ditunjukkan olehnya menerusi video yang dimuat naiknya itu.

Rata-rata warganet di ruangan komen mengaku bahawa perk0ngsian tersebut merupakan sebuah ilmu yang baharu dapat mereka pelajari kerana selama ini tidak pernah didedahkan tentang kewujudan penapis air yang tidak halal.

Ramai yang menyangkakan semua penapis air adalah sama dan selamat digunakan.

Berikut adalah komen-komen menarik di TikTok

“Oh saya pun baru tahu filter air pun ada halal. I guess we learned something new everyday.”

“Mantap la bro bukan selalu org cakap pasal nih…aku pon tk penah tau… respect..ilmu baru”

“Ohh baru tau, pelik jgk sbb ape kne ada sijil halal dkt air penapis, kt situ rupanya, tq sir, im very appreciate your video, and care about it”

“I really appreciate when you include vegetarian people… Respect bro”

VIDEO:

Video berdurasi 46 saat yang dik0ngsikan itu telah meraih 199k tont0nan, 26.7k tanda suka dan 1136 komen dan 1471 perk0ngsian di TikTok.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok | Via Mytv Viral