[VIDEO] Pengemis Menempel Di Tingkap Kereta Harap Sedekah, Tetapi Kecantikannya Pula Jadi Kejutan

Bukan sekadar di celahan bangunan kota raya, malahan kelompok pengemis zaman sekarang berani mendekati kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. Daripada 1 kenderaan bergerak ke kenderaan lain, hanya secebis ihsan wang ringgit diharapkan sebagai sedekah orang ramai. Nilai banyak atau sikit bukan isunya, paling penting adalah sekadar untuk membayar sesuap nasi bagi mengalas perut. Pun begitu bagi kisah di bawah ini, lain pula yang terjadi.

Kereta lelaki didatangi pengemis muda yang nampak lusuh & comot

Saat sedang memberhentikan kereta, seorang lelaki ini didatangi oleh seorang pengemis yang terlihat seperti gadis muda. Tanpa sebarang kata-kata dengan ekspresi muka yang kosong, dia menantikan sedekah dalam keadaan agak lusuh.

Kecantikan pengemis buatkan pemberi sedekah terpesona

Meskipun nampak sedikit comot, namun tidak dapat dinafikan wajah asli gadis berkenaan boleh dikatakan mempunyai nilai komersial. Mana tidaknya, lihat sahajalah bentuk cantik bibir kecilnya beserta kening yang sangat on-point. Malahan pemandu kereta yang memberikan derma juga seakan-akan terpesona dengan kecantikan berkenaan.

Dia nampak cantik, dalam masa sama penat…Muka dia perfect untuk modelling

Rakaman berdurasi 14 saat berkenaan berjaya menjadi fenomena dan mendapat lebih 2.5 juta tontonan daripada pengguna TikTok. Mereka juga tidak putus-putus memuji rupa pengemis tersebut dan menyifatkan dia berpotensi dijadikan model.

Jom join group ni.. Istimewa untuk kita share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini