[VIDEO] Peng̷antin Men̷angis & Mer̷aung, Bek̷as Kekasih Jelaskan Apa Yang Berlaku Di M̷ajlis Perk̷ahwinan

Beberapa hari ini v!ral di media sosial perk0ngsian video pengantin wanita yang menangis dan meraung dalam sebuah majlis perkahwinan di Indonesia. Ia dipercayai berlaku selepas beliau melihat kehadiran bekas kekasihnya di majlis berkenaan.

Sebelum ini tidak banyak yang diketahui tentang apakah sebenarnya yang berlaku dalam majlis perkahwinan berkenaan sehinggalah portal Kompas.com daripada Indonesia pada semalam memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Kejadian itu menurut mereka, dilap0rkan berlaku di Lombok Timur pada Sabtu lalu di mana bekas kekasih yang dikenali sebagai Dayat menghadiri majlis resepsi bekas teman wanitanya itu yang dikenali sebagai Aollina Alfia Lestari.

Bekas teman lelaki wanita berkenaan juga memberitahu mereka sebelum ini pernah menjalinkan hubungan selama dua tahun dan sudah berada dalam fasa yang agak serius dan pernah memikirkan untuk ke jinjang pelamin.

Bercerita mengenai kejadian bekas teman wanitanya itu meraung, beliau berkata ianya berkemungkinan berlaku kerana wanita berkenaan masih mengingati apa yang telah mereka lalui selama ini.

“Banyak kenangan yang masih dikenang, ingat dan sekarang seolah tidak percaya dengan diri sendiri (pengantin perempuan) kerana telah menjalani hubungan serius” kata Dayat seperti dipetik Kompas.

Menjelaskan mengenai kehadirannya ke majlis resepsi berkenaan (yang mungkin menjadi persoalan), Dayat memberitahu beliau sebenarnya dijemput ke majlis berkenaan dan bukannya hadir tanpa undangan.

Kehadirannya itu bagaimanapun menurutnya adalah untuk memberikan ucapan selamat kepada kedua-dua mempelai dan menyaksikan majlis mereka.

“Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela datang dari Lombok Barat ke Lombok Timur untuk melihat kedua mempelai bahagia dan tersenyum manis.

“Saya juga gembira jika dia gembira dan bahagian,” jelasnya.

Menyedari kehadirannya telah menimbulkan kekec0han sehingga ianya dirakam dan v!ral di media sosial sehingga ke Malaysia, Dayat juga menjelaskan beliau sudah memoh0n maaf kepada keluarga pengantin.

Kehadirannya itu seperti dimaklumkan sebelum ini jelasnya hanyalah untuk memenuhi undangan memandangkan dia mempunyai kesempatan ketika itu.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari The v0cket, Twitter @naimazharrr

Kredit: Mytv Viral