[VIDEO] P̷anik Bila Waj̷ah Kakak Membengk̷ak, Asyik Bersin, M̷ata Ber̷air Lepas M̷andi Air Terj̷un Punc̷ak Gun̷ung Led̷ang

Kisah seorang wanita apabila wajahnya membengkak sejurus selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan mengeluarkan tenaga dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak Gunung Ledang mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @irdineee, dia berk0ngsi mengenai wajah kakaknya yang tiba-tiba membengkak selepas bermandi-manda.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurut temu bual bersama mStar, irdineee atau nama sebenarnya Nur Afrina Syafiqah Mohd Zuki berkata, wanita berwajah bengkak dalam video itu adalah kakaknya, Nur Amirah Aida.

Nur Afrina berkata, situasi yang men!mpa kakaknya itu disebabkan alahan terhadap makanan laut.

“Ketika itu, kami sekeluarga beriadah di Gunung Ledang. Sebelum mendaki, kami makan dulu di bawah macam ala-ala piknik.

“Kakak saya makan mi goreng yang ada udang, tapi dia hanya makan mi sebab dia tahu dia alah kepada makanan laut.

“Sebelum ini alahannya ringan saja walaupun makanan bercampur dengan makanan laut. Sebab itu dia makan mi goreng.

“Kemudian kami sambung mendaki, siap ke Kolam Puteri yang terletak di atas. Ambil masa 30 minit juga nak mendaki. Masa dekat atas, saya perasan dia asyik bersin, hidung merah dan mata pun berair.

“Tiba-tiba dia mengadu sesak nafas. Kami ingatkan semput sebab dia memang pernah kena asma, mungkin sebab penat mendaki.

“Tapi keadaan jadi panik bila dia kata tak boleh bernafas dan minta nak turun cepat,” katanya.

Ujarnya, mereka bergegas turun ke bawah kerana keadaan kakaknya semakin ter0k apabila wajah dan matanya mula membengkak sehingga menggnggu penglihatan.

“Rasanya kami sempat berada di atas lebih kurang 10 minit saja. Kami memang syak sebab alahan tapi risau sebab dia tak pernah sesak nafas. Hospital pun jauh.

“Sampai dekat bawah, mak terus bergegas bawa ke hospital dekat Tangkak. Dia masuk zon merah dan disuntik. Doktor kata sebab ‘allergic reaction’. Mujur tak kena tahan wad,” jelasnya.

VIDEO:

Nur Afrina berkata keadaan kakaknya semakin pulih dan bengkak di wajahnya berkurangan pada keesokan harinya.

Nur Afrina berk0ngsi kisah yang berlaku itu agar dijadikan teladan kepada orang ramai.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video diambil dari Xtra, mStar, TikTok

Via Mytv Viral