[VIDEO] Or̷ang Ram̷ai Lu̷ah Rasa Tidak Pu̷as H̷ati, Cadang̷an Pak̷ar Har̷amkan Motosikal K̷apcai

Beberapa hari lalu, seorang perancang pengangkutan telah mengeluarkan kenyataan supaya motosikal kapcai dikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran lalu digantikan dengan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah.

“Di Malaysia, ‘kapcai’ adalah jentera pembun0h yang mengakibatkan banyak kemat!an – secara purata 4,100 kemat!an setahun dalam tempoh 12 tahun dan ini adalah kehilangan produktiviti bagi negara,” terangnya pada satu program bual bicara di Astro Awani.

Memetik portal Free Malaysia Today, perancang pengangkutan itu turut mendkwa terdapat 15.2 juta motosikal berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90% daripadanya adalah model ‘kapcai’ dan statistik terkini menunjukkan bahawa Malaysia semakin hampir menggantikan Thailand sebagai negara paling berbhaya bagi penunggang motosikal.

“Kita perlu fikir sama ada kita mahu mengekalkan atau tidak motosikal jenis ini atau perlahan-perlahan menghap0skannya secara berperingkat,” kata perancang pengangkutan tersebut.

Kenyataan yang dibuat itu telah menyebabkan warganet berasa tidak puas hati dan marah kerana bukan mudah serta murah jika orang ramai perlu ‘menggantikan’motosikal dalam keadaan yang masih belum stabil ekoran C0VID-19 meIanda negara ketika waktu ini.

Bahkan pelbagai faktor lain perlu diambil kira bagaimana penunggang motosikal ‘m a u t’ semasa membawa motosikal di atas jalan raya seperti permukaan jalan, kelalaian penunggang motosikal atau pengguna jalan raya lain.

Tambah pengguna media sosial lagi, kebanyakkan orang ramai memilih motosikal ‘kapcai’ atas sebab mengambil kira faktor kewangan. Rata-rata majoriti yang menaiki motosikal pada hari ini dibeli secara berhutang berbanding membayarnya secara tunai.

Isu tersebut turut menarik perhatian pelawak terkenal, Achey Bocey yang memuat naik video reaksi balas terhadap kenyataan yang dibuat oleh pakar perancang pengangkutan tersebut.

“Pak iman-pak iman pergi ke masjid menaiki Ducati Panigale. Penghantar-penghantar makanan, posmen-posmen hantar surat akan naik Ducati.

“Aku boleh bayangkan penuh superbike dekat Malaysia kita ini,” luah Achey dalam video reaksi balas tersebut.

Untuk makluman semua, cadangan untuk mengharamkan motosikal ‘kapcai’ ini juga pernah diutarakan pada tahun 2019 oleh aktivis keselamatan jalan raya yang mahu mengharamkan motosikal di bawah 250cc.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari The V0cket, Facebook FMT, Instagram Achey

Kredit: Mytv Viral