[VIDEO] Lagi 5 Hari Nak Nikah, Dah ‘Test’ Baju Pengantin, Lelaki ‘Pengs4n.

Rezeki, jodoh, ajaI dan m4ut adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan perancangan, meskipun kita sudah meranc4ng tetapi Allah SWT yang akan menentukan segalanya dan percayalah perancangan-Nya adalah jauh lebih baik.

Begitulah juga yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila terp4ksa menerima hakikat bahawa bakal isteri yang akan dinikahi 5 hari lagi telah pergi buat selama-lamanya.

Dah edar kad kahwin, cuba baju pengantin

Memetik lap0ran Tribunnews, mngsa yang dikenali dengan nama Hiliyati akan melangsungkan pernikahan dengan bakal suaminya, Wan Hendrawan pada 5 Jun depan. Difahamkan, pasangan ini juga sudah membuat persiapan perkahwinan termasuklah dari segi pakaian, make up malah kad jemputan juga telah diedarkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Lebih meruntun hati apabila melihat video yang viral di media sosial memaparkan Hiliyati sempat mencuba busana pengantin yang akan dipakai pada 5 Jun nanti. Kelihatan raut wajah Hiliyati sangat gembira dan seakan tidak sabar menanti hari bahagianya. Namun siapa s4ngka, video dan foto tersebut merupakan kenangan terakhir yang ditinggalkan Hiliyati. Belum sempat menikmati kebahagiaan sebagai suami isteri, Hiliyati sudah dijemput Ilahi.

Menang!s sampai hampir pengs4n

Menurut sumber, Hiliyati disahkan men!nggal dunia pada 31 Mei 2021 selepas motosikal yang ditunggang rakannya diIanggar sebuah lori. Difahamkan, ketika kemaIangan berlaku, Hiliyati berada di bahagian pemb0nceng. Hiliyati sempat dikejarkan ke h0spital tetapi tidak lama selepas itu, dia disahkan men!nggal dunia. Selain ahli keluarga, pem3rgian Hiliyati turut dirasai oleh bakal suaminya, Wan Hendrawan.

Selepas mengetahui berita sed!h itu, Hendrawan menang!s sehingga hampir pengs4n ketika jen4zah Hiliyati dibawa ke rumah duka. Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan Hendrawan yang berada dalam keadaan Iemah sempat dipapah oleh dua individu lain. Sementara itu, Hendrawan menerusi akaun Facebooknya telah meluahkan rasa sed!h dengan pemergian insan tersayang.

Tiada yang terjadi di muka bumi ini melainkan kebesaran Allah, perkara yang kita sudah ranc4ng dengan baik, ternyata disebaliknya, Allah mempunyai ranc4ngan lain. Disinilah kita ketahui segala yang kita ranc4ngakan kita serahkan semua kepada Allah, agar ketika perkara yang tidak diingini terjadi kita akan ikhlas menerimanya.

Video terakhir arw4h

Video kenangan Hendrawan dan Hiliyati

Sumber: Tribunnews, Wan Hendrawan, Adent Moh

Via ohbulan / ihangat

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini