[Video] Kecomelan Dirakam Jururawat, Kanak2 Buat Muka Seolah-Olah ‘Tak Puas Hati’

Apabila menggalas tanggungjawab sebagai petugas kesihatan, menjadi kebiasaan untuk berdepan pelbagai ragam pesakit termasuk kanak-kanak yang perlu dilayan dengan penuh lemah lembut.
Bagi seorang jururawat pelatih Nor Kusnani, dia melalui pengalaman agak melucukan apabila merakam aksi anak pesakitnya ketika mengusik kanak-kanak perempuan tersebut sehingga tular di platform TikTok.

“Dah besar jangan jadi gangster dek”
Namun reaksi kanak-kanak sekitar usia setahun itu tidak seperti disangka dimana terus memberikan renungan tajam kepada jururawat pelatih tersebut seolah-olah ada perkara yang ‘tidak memuaskan hati’.

Video Part 1:

@n4111__

Dah besar jangan jadi gangster dek

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Tetap pandangan yang sama!

Posting video pertama itu meraih hampir 284,000 ribu tontonan selain lebih 1,000 komen warganet yang terhibur melihat aksi ‘jelingan maut’ daripada kanak-kanak berkenaan.

Kecik2 dah pandai ‘judge’ ni

Tak puas hati je pandangan tu!

Tajam je tengok orang

Terkedu tengok akak jururawat kot?

Haihh comel je tengok! Nasib budak tu mesra melayan, kalau menangis je tak dapat la nak rakam sampai jadi viral kat TikTok.

Video part 2:

@n4111__

Reply to @baaduaa89 tak kena lempang tapi masih dgn pandangan yg samaa 🤣🥲

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Sumber: TikTok n4111__

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini