[VIDEO] “Dia Let̷ak C̷ar Seat An̷ak Kat Dep̷an..” – Masih Say̷ang, Bek̷as Suami Ajak Keluar Makan

Selepas bercerai, setiap hubungan tidak semestinya berubah menjadi keruh sebaliknya perlu berdamai dan saling memahami situasi terutama bagi pasangan yang memiliki cahaya mata.

Begitu juga berlaku kepada seorang wanita ini yang terharu apabila bekas suami masih menghubungi dan mengajaknya untuk keluar makan walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

Menerusi perk0ngsian di aplikasi TikT0k, @amira.assaid memuat naik satu video memaparkan momen bahagia sepanjang ‘dating’ berdua dengan bekas suami termasuk menikmati makanan di sebuah restoran.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

“Bahagia itu mahal”

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Amira turut merakam tindakan bekas suaminya yang meletakkan ‘car seat’ milik anak sulung mereka di bahagian penumpang hadapan selain bertanya sama ada lelaki tersebut masih menyayangi dirinya.

“Bekas suami ajak keluar makan tapi kan, dia letak car seat anak kami kat depan. Pastu i tanya, you sayang i lagi tak? ‘Mestilah sayang’.

“Time ni i dah sebak sebab mula teringat kenangan lama kami. Terima kasih bahagiakan i, i doakan you bahagia selalu. Jaga anak kita baik-baik,” luah wanita berusia 23 tahun itu.

Meskipun tidak lagi bergeIar suami isteri lagi, jika dilihat ternyata mereka masih mempunyai perasaan sayang namun harus percaya dengan takdir ditetapkan Allah SWT.

‘Car seat’ kat depan, mesti tak keluar dengan orang lain.

Meninjau ke ruangan k0men, rata-rata warganet tumpang gembira melihat hubungan baik pasangan itu dan mendoakan Amira serta bekas suaminya dapat kembali bersatu demi cahaya mata.

VIDEO:

Bagaimanapun, ibu tunggal anak satu tidak berk0ngsi lebih lanjut mengenai punca atau tarikh mereka berpisah. Moga kedua-duanya menjalani kehidupan masing-masing dengan bahagia di samping zuriat tercinta.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video diambil dari OMM, Tiktok amira.assaid | Via Mytv Viral