[VIDEO] D̷akwaan ‘Double Stand̷ard’ Dal̷am Penggunaan Cermin Gel̷ap, Ini Penjel̷asan Daripada Pih̷ak JPJ Perlis

Baru-baru ini sebanyak lebih 50 buah kereta Ford Mustang dari seluruh negara menyertai program kembara yang diadakan selama tiga hari di beberapa lokasi sekitar negeri Perlis.

Konvoi tersebut menarik perhatian ramai warganet kerana mereka mendkwa pihak JPJ bertindak double standard setelah dilihat seperti tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap sebahagian pemilik muscle car menggunakan cermin gelap yang menyaIahi undang-undang.

Memetik Iaporan Kosmo, Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah menjelaskan pihak JPJ telah melakukan advokasi kepada peserta mengenai kesaIahan-kesaIahan lain seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, penggunaan cermin gelap serta lain-lain pengubahsuaian.

“Semua maklumat peserta kembara itu telah diambil pihak JPJ semasa program advokasi diadakan dan pemeriksaan rambang mendapati ada dalam kalangan peserta mendapat kelulusan menggunakan cermin gelap,” jelasnya beliau dalam satu kenyataan dik0ngsikan bersama pihak Kosmo.

Tambah Fatimah lagi, penggunaan cermin gelap sepenuhnya ke atas sesebuah kenderaan dibenarkan atas beberapa faktor seperti keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

VIDEO:

Bagi mengulas persoalan ramai kenapa pihak JPJ mengiringi konvoi kereta-kereta Mustang tersebut, Fatimah menyatakan bahawa pihak penganjur meminta jabatan itu membantu bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesesakan jalan raya yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain.

“Semasa kembara itu memasuki Perlis, JPJ bertindak memecahkan konvoi kepada beberapa kumpulan kecil terdiri daripada 10 hingga 12 buah kenderaan.

“Setiap kumpulan kecil itu bergerak dengan dipandu arah oleh kenderaan JPJ sebagai ‘lead car’ ke destinasi dituju bagi memastikan mereka tidak tersasar dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Pergerakan kembara tersebut tidak menggunakan laluan sesak dan pemilihan jalan raya yang lebih jauh serta tidak sibuk dengan kenderaan lain dipilih bagi memastikan keselesaan kepada pengguna lain,” terang Fatimah kepada pihak Kosmo bagi menjelaskan persoalan yang diutarakan oleh orang ramai.

Memetik kenyataan rasmi yang dik0ngsikan oleh wakil ahli Kelab Mustang Malaysia, kehadiran mereka ke negeri Perlis bagi menjayakan ‘Program Kembara Bersama Club Mustang Malaysia Di Bumi Perlis’ di atas undangan kerajaan negeri Perlis sendiri.

Pada masa yang sama, ahli kelab tersebut juga dijemput untuk sesi perbincangan ‘Kempen Kesedaran & Keselamataan’ pengguna jalan raya bersama JPJ sewaktu program kembara tersebut berlangsung.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari The V0cket, Facebook | Via Mytv Viral