[VIDEO] Beruc̷ap Dalam Bahasa Melayu Di Pent̷as PBB, Tindak̷an Tuan Ibrahim Ini Buat Ramai Bangg̷a

TuIar sebuah video memaparkan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland.

Menarik tumpuan ramai apabila Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Untuk pengetahuan anda, beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Malah, beliau turut menyelitkan ayat al-Quran yang bermaksud ‘berlaku ker0sakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia’ sebagai pemula bicara. Kini, video ucapan beliau yang berdurasi kira-kira empat minit itu tuIar di media sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Mendapat perhatian ramai, rata-rata warganet memuji beliau kerana memartabatkan bahasa Melayu dipersada dunia. Malah, ada juga yang berbangga kerana beliau menggunakan bahasa Melayu dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang mahukan lebih banyak pemimpin negara menggunakan bahasa Melayu di pentas antarabangsa jika berkesempatan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

VIDEO:

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video dipetik dari The V0cket, Facebook | Via Mytv Viral