[VIDEO] Amy Search ‘Bikin K0nsert’ Ketika Cucvk Vaksln, Nyanyi Lagu Fantasia Bulan Madu!

Nampaknya pelbagai gelagat selebriti yang dapat dilihat sewaktu proses pengambilan vaksin C0VID-19 dijalankan.

Ada yang membuat video, ada yang mengambil gambar dan ada juga yang tak0t dengan jarum!

Namun, lain pula kisahnya dengan penyanyi rock nombor satu negara, Amy Search.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram oleh anaknya, Nabila Huda, pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 63, itu kelihatan gembira sambil menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu.

“Alhamdulillah! Siap nyanyi lagi eh… bukan main! Jauh beza dengan video anak dia… haha! Thank you for the video mummy Qasander,” tulis Nabila di ruangan kapsyen.

Rata-rata pengikut Nabila memberikan respons positif dan menyifatkan gelagat Amy sebagai sesuatu yang comel. –Sumber & video dipetik dari OJ, Instagram Nabila Huda

View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

SUmber: Mytv Viral Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini