[VIDEO] Aj̷ar An̷ak Harg̷ai Pengut̷ip Samp̷ah, Tindak̷an Keluarg̷a Ini Dapat Puji̷an Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian warganet di mana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah.

Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang memegang air kotak Milo diiringi oleh ibunya berjalan ke arah seorang pekerja pengutip sampah Alam Flora.

Pekerja tersebut membongkok sambil tersenyum melihat gelagat anak kecil itu dan menunggu dengan sabar untuk kanak-kanak itu menghulurkan air kepadanya.

Sementara bapa kanak-kanak itu merakamkan kejadian itu dan memberitahu kepada anaknya untuk mengucapkan terima kasih.

Video diakhiri dengan lambaian kanak-kanak tersebut kepada pekerja itu sebelum dia berlalu dengan senyuman.

Video ini dik0ngsi oleh bapa kanak-kanak tersebut di TikTok dibawah nama pengguna @denik923.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Rata-rata komen penonton video tersebut memuji tindakkan keluarga ini kerana jarang sekali orang menghargai pekerja yang mengutip sampah.

“Bagusnya ajar anak hargai orang-orang yang kerja penat macam ni, tanpa diorang tak bersih tempat kita,” komen seorang pengguna TikTok yang bernama Elfiqa.

Ramai juga yang mendoakan agar keluarga ini sentiasa dimurahkan rezeki dan anak tersebut membesar menjadi seorang anak yang baik.

Setakat ini, video tersebut mendapat 157,400 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka di TikTok.

VIDEO:

Video TikTok tersebut juga mendapat perhatian penonton luar negara seperti Nepal.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video diambil dari Xtra, TikTok | Via Mytv Viral