[VIDEO] 3 Or̷ang An̷ak Shuib, Siti Sarah ‘Dim̷arahi’ D̷atuk, Warg̷anet Pula Yang Men̷angis

“Awak semua ini dipanggil anak yatim sebab tiada ibu.”

Itu antara ayat terluncur dari bibir Raissuddin Hamzah ketika menegur tiga cucunya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Allahyrhamah Siti Sarah semalam.

Menurut warganet, ayat tersebut antara yang mengundang sebak sehingga ada antara daripada mereka menitiskan air mata apabila melihat tiga anak kecil itu dimarahi oleh datuknya selepas dikatakan bergad0h sesama sendiri.

VIDEO INSTAGRAM:

“Mereka kena marah, aku pula yang ‘melalak’,” komen seorang warganet.

“Kasihan. Saya tak dapat tahan air mata bahagian ‘anak yatim,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Tngkap layar memaparkan antara warganet yang sebak menont0n video tiga beradik itu ditegur datuknya.

Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang bersetuju dengan cara teguran Raissuddin kerana tindakan tersebut boleh membentuk akhlak dan semangat tiga beradik itu.

“Datuk marah tanda sayang. Semoga jadi anak-anak yang baik,” kata seorang warganet.

“Lihat Matin menangis, air mata aku pun meleleh sekali. Kasihan dia tak ada ibu nak pujuk,” tulis seorang warganet yang turut mengalirkan air mata.

VIDEO INSTAGRAM:

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 400,000 tont0nan dan 99,000 tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti kepulangan anak bongsu Shuib dan Siti Sarah iaitu Ayash Affan untuk bertemu abang dan kakaknya.

Ayash yang dilahirkan pramatang pada 7 Ogos kini masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua minggu lagi.

Untuk rekod, Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu di HCTM akibat C0VID-19.

Jnazah Allahyrhamah disemadikan di Tanah Perkub0ran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pada hari sama.

Sumber Asal: MYKMU, K Online, Instagram Siti Sarah

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini