[VIDEO] “2018 Berpis̷ah, 2019 K̷ahwin Balik,” Wanit̷a Ini K0ngsi Bagaimana Kemb̷ali Bersama Bek̷as Su̷ami

Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengimpikan kehidupan bahagia bersama pasangan mereka sehingga ke akhir hayat.

Tiada sesiapa mahu berpisah dan melalui fasa penceraian yang memeritkan. Namun begitu sebagai manusia kita tidak mampu mela.wan takdir yang telah tertulis.

Setiap pasangan melalui perjalanan yang berbeza dan hanya mereka yang memahami situasi sebenar apa yang berlaku.

Ibu tunggal jangan bersedih

Setiap ujian yang datang pastinya mempunyai hikmah tersendiri. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang berjaya menarik tumpuan ramai.

Kisah ini dik0ngsikan olehnya menerusi satu video di aplikasi TikTok. Betapa indah perjalanan dan aturan takdir hidupnya.

2015 kami berkahwin

Fara dan suami memilih untuk membawa haluan masing-masing

Seorang pengguna bernama Fara Azimie berk0ngsi mengenai perjalanan hidupnya. Wanita ini telah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun bersama pasangannya.

Beliau kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Namun Fara dan suaminya memilih untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Setelah setahun tidak sebumbung, ternyata jodoh mereka kuat

Siapa sangka setelah hampir setahun membawa haluan masing-masing, ternyata jodoh mereka masih lagi kuat.

Tidak menyangka cintanya kembali berpaut pada orang yang sama menarik hatinya suatu ketika dahulu, Fara akhirnya berkahwin dengan bekas suaminya semula.

Semua ini aturan terbaik daripada Allah

Menurut Fara, semua ini adalah aturan terbaik daripada Allah dan dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Alhamdulillah, kembali bersama demi anak

Beliau bersyukur beliau dan suami membuat keputusan kembali bersama demi masa depan anak.

Video berkenaan raih lebih 250, 000 ribu tontonan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan kerana berjodoh kembali.

Mereka juga turut menitipkan doa semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

Difahamkan, video berkenaan meraih lebih 250, 000 ribu tont0nan dan 9 ribu tanda suka di aplikasi TikTok wanita berkenaan.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber, foto & video diambil dari Yoy Network, Instagram Media KL

Kredit: mytvviral