[Vide0] Tahniah! Jep & Sari Yanti Selam4t Timang Anak Ketiga

Didalam kesibukan kita menyambut hari raya Aidilfitri, pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti berkongsi berita gembira semalam dimana mereka selamat menimang satu lagi cahayamata.

Berita gembira tersebut dikongsikan pelawak dan penyampai radio Sinar itu menerusi satu posting di akaun instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Menerusi posting tersebut, Jep turut meluahkan rasa syukurnya di atas kelahiran bayi lelaki mereka itu serta ucapan terima kasih buat Sari Yanti yang bertarung nyawa melahirkannya.

“Subhanallah, syukur Alhamdulillah.. Tq sayang” tulis Jep yang turut menyertakan tanda pagar #babyboy #anakabah

Dalam pada itu Sari turut dilihat berkongsi satu video pendek mengenai kelahiran terbarunya itu.

Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesejahteraan diri dan anaknya.

View this post on Instagram

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Perkongsian kedua mereka mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rakan-rakan dimana ramai yang dilihat tidak melepaskan peluang mengucap tahniah kepada mereka berdua.

Jep dan Sari mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. dan sudah mempunyai dua sepasang cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Sari Yanti juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan terdahulu

Tahniah Jep dan Sari Yanti!

SUmber: buzzkini buzzkini Via Mediaportal

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini