[Vide0] KeIibat Jerung Dirakam Berenang Berdekatan Pengunjung Di Pantai..

Berenang berhampiran jerung boleh menimbulkan rasa cemas dan panik. Tetapi, situasi itu mungkin tidak bagi orang ramai yang sedang berenang di perairan cetak terletak di Keem Bay, Pulau Achill County Mayo, Ireland.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Manakan tidak, apabila mereka dilihat seakan tidak terganggu atau takut dengan kehadiran dua ekor jerung yang berenang mendekati mereka.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik TikTok, kedengaran salah seorang pengunjung pantai itu menjerit manakala pengunjung lain terus bermain-main di laut sambil melihat jerung berkenaan.


Gambar: Metro UK

Menurut Metro UK, orang ramai tidak takut kepada spesies jerung basking itu kerana ia tidak berbahaya bagi manusia. Difahamkan, jerung dari spesies ini boleh membesar sehingga 26 kaki dan mungkin kelihatan menakutkan tetapi tidak agresif.

Jerung basking merupakan spesies migrasi yang sering dapat dilihat di pesisiran Britain dan Ireland, terutama pada cuaca yang lebih panas.

Mereka aktif sepanjang tahun dan tidak berhibernasi tetapi pada musim sejuk mereka cenderung bergerak ke tempat yang lebih dalam untuk mendapatkan makanan.


Gambar: Metro UK

Walaupun mereka tidak membahayakan manusia, pengguna Tiktok dilihat masih terkejut dengan rakaman video di mana terdapat sirip jerung melintasi pengunjung yang berenang di laut itu.

”Saya tahu mereka tidak berbahaya, tetapi mereka masih boleh menimbulkan rasa cemas, ianya cantik dan menakutkan,” kata seorang individu.

Seorang individu pula menyifatkannya ‘pemandangan’ itu seperti dalam filem Jaws, jerung ganas yang membaham pengunjung di laut ketika musim panas.

Video:

@k.m.m.hairstyles

#basking shark #fypシ #staycation #discoverIreland #wildatlanticway #Keembay

♬ original sound – KMM Hairstyles`

Sumber: Metro UK, Via news60post

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini