[Vide0] Ini Perkembangan Terbaru Adik Ainul Mardhiah Kesayangan Ramai

Lama menyepi tanpa khabar adik Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin kesayangan ramai itu dikhabarkan semakin pulih hari demi hari.

Menerusi satu posting yang dikongsikan oleh bapanya, adik Ainul kelihatan lebih sihat dan gembira seperti kanak-kanak lain.

Satu Malaysia mendoakan kesihatan adik Ainul

Suatu ketika dahulu, orang ramai sentiasa menitipkan doa untuk adik Ainul kembali sihat dan perkembangan adik Ainul sentiasa dikongsi oleh kedua ibu bapanya.

Keperitan adik Ainul turut mendapat perhatian ramai dan rakan-rakan doktor antaranya adalah Dr Amalina Bakri.

Dr Amalina seterusnya membantu adik Ainul untuk mendapatkan bantuan di hospital luar negara dan menjalani rawatan disana.

Adik Ainul membesar dengan baik dan sihat

Selepas selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut pada hari raya Aidilfitri tempoh hari, adik Ainul dilihat membesar dengan baik dan sihat.

Ahmad Safiuddin yang merupakan bapa kepada adik Ainul telah memuat naik gambar terbarunya bagi mengubat rindu orang ramai kepada bayi comel itu.

Doakan adik Ainul segera off oksigen

“Assalamualaikum. Lama dah saya tak bersiaran. Ainul pada hari ini. Alhamdulillah, secara perlahan tetapi konsisten dia membesar dengan baik”.

“Doakan ainul segera boleh off oksigen dan seterusnya boleh bernafas menggunakan hidung dan makan melalui perut, Amin”.

Anak sulungnya itu kelihatan comel berbaju kuning. Bapanya turut berkongsi mengenai perkembangan kesihatan adik Ainul yang konsisten walaupun agak perlahan.

Sementara itu, bapa adik Ainul turut memohon agar orang ramai terus mendoakan kesihatan adik Ainul.

Doakan adik Ainul bernafas seperti biasa

Ahmad Safiuddin berh4rap kesihatan adik Ainul bertambah baik bagi membolehkan dia bernafas seperti biasa tanpa memerlukan bantuan tiub sokongan.

Sebelum ini bapa dan ibunya turut memberitahu berat adik Ainul semakin bertambah ke 4.3 kilo dan mereka turut berkongsi satu video gelagat adik Ainul bermain.

Video adik Ainul turut mendapat reaksi dan perhatian ramai yang rata-ratanya yang rindu dan menunggu perkembangan adik Ainul.

Semoga adik Ainul terus sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain. Kami sentiasa mendoakan kesihatan adik Ainul.

sumber : yoy,my

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini