[VIDE̷O] “S̷ibuk Kejar Dun̷ia Sampai Lupa S̷aham Akh̷irat,”- Azlee Senario Dekati Ilmu Agama

Manusia yang positif adalah mereka yang mempunyai nilai murni yang tinggi dalam dirinya dan manusia yang taat pada perintah Allah SWT akan sentiasa meningkatkan amal ibadahnya serta memperbaiki solatnya untuk membina hubungan yang lebih baik kepada Allah SWT.

Di saat wabak pandemik meIanda dunia, kita dapat lihat banyak perubahan positif dalam kalangan selebriti. Masing-masing menggunakan platform yang mereka ada untuk berubah ke arah yang lebih baik iaitu dengan mencari redha Allah SWT.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pelawak veteren Azlee Senario yang menyatakan hasrat baiknya untuk berubah kerana mendkwa dirinya terlalu lalai dengan kehidupan dunia dan mengambil remeh perihal agama sebelum ini.

Azlee dekati ilmu agama & buat amal kebajikan

Terbaharu, Azlee telah mengikuti program amal yang dijalankan bersama dengan Ustaz Ebit Lew di sebuah perkampungan orang Asli.

Menurut Ustaz Ebit Lew, Azlee banyak memberi nasihat yang baik kepada orang kampung dan sangat gembira berada di sana menunaikan tanggungjawab mereka menyebarkan agama islam bersama.

Lantaran dengan itu, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa syukur kerana melihat Azlee sudah banyak membuat perubahan dalam diri bersama keluarga.

“Di kampung Orang Asli, abang Azlee ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik. Baik-baik sangat orang kampung kami pergi.

“Balik je dari beberapa hari bersama, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Bulan ni je dah 8 hari abang beri untuk kerja ini. Tenang ye ustaz buat kerja begini. Bahagia je. Sejuk hati. Terasa banyak tanggungjawab kita.

“Di rumah abang Azlee dah mulakan amalan Talim bersama keluarga. Rumah kita akan best sangat jika ada amalan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW setiap hari bersama.”- UEL

Sibuk kerja sampai lupa saham Akhirat

Menerusi perk0ngsian Azlee pula, dia berkata sebelum ini hidupnya terlalu berseIoroh kerana banyak mengejar dunia dan leka dengan kehidupan sehingga berasa lalai.

“Apabila terlalu sibuk bekerja kadangkala kita terlupa untuk mengejar saham akhirat. Selama ini saya bukan tak pernah solat, tapi ada waktunya solat saya ‘lompong’. Sepatutnya sebagai umat Islam kita wajib menunaikan solat fardu lima waktu sehari.

Namun, selepas mencari ilmu dengan Ustaz Ebit Lew, dia dapat cukupkan solat 5 kali sehari semalam dan lancar membaca talim serta imam untuk keluarga.

Tambah Azlee, dia gembira dapat menyebarkan agama kepada ramai orang dan membantu yang lain untuk membuat kerja amal.

Ingin jadi makhluk yang baik di sisi Allah

Dia kini ingin menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk lebih mendalami agama islam kerana ingin menjadi makhluk yang baik di sisi Allah SWT dan akan meneruskan jihadnya ini untuk mencari redha Allah.

“Selepas menimba ilmu agama dengan seorang pendakwah, Alhamdulillah saya dapat menyempurnakan solat fardu saya selain mengadakan bacaan talim bersama isteri dan anak-anak. Saya ingin menjadi makhluk yang terbaik di sisi Allah.

“Insya-Allah esok sudah kali ketiga saya mengikuti kerja-kerja amal. Setiap kali keluar melakukan aktiviti ini, saya akan habiskan masa selama tiga hari di luar.

“Berpeluang bertemu dengan orang bukan beragama Islam dan menyebarkan kebaikan agama Islam kepada mereka sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga,

VIDEO INSTAGRAM:

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Semoga abang Azlee terus istiqamah dalam memperbaiki diri dan meningkatkan amalan. InsyaAllah

Sumber: Yoy Network, Instagram Ebit Lew

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini