[VIDE̷O] Menyam̷ar Jadi Penghant̷ar Makanan Untuk Mer̷ag̷ut Bar̷ang Kem̷as, ‘Gen̷g Ashmer’ Tump̷as

Pada zaman sekarang perkhidmatan rider makanan merupakan salah satu servis yang mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun, ada segelintir pihak tak bertanggungjawab menggunakan ‘pekerjaan’ tersebut untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

Baru-baru ini pihak polis telah menumpaskan sekumpulan penjnayah dikenali sebagai ‘Geng Ashmer’ yang aktif melakukan jnayah rag0t di kawasan orang ramai yang memakai rantai emas.

Dalam satu kenyataan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, ‘Geng Ashmer’ akhirnya kecundang apabila empat individu yang berusia 25 hingga 51 tahun ditahan menerusi tiga serbuan berasingan di Sentul, Wangsa Maju dan Gombak bermula 23 hingga 28 Oktober lalu.

Menerusi hasil srbuan itu, polis turut merampas empat buah motosikal Yamaha Y15ZR dan 135 LC, lima topi keledar, enam buah telefon bimbit, dua buah beg Grabfood dan 36 utas rantai leher disyaki emas dan sebuah alat penimbang. Kesemua rampasan barang kemas tersebut dianggarkan bernilai RM55,000 dan geng tersebut dipercayai bergiat aktif sejak lima bulan lalu.

Modus operasi ‘Geng Ashmer’ untuk melakukan jnayah rag0t dimulakan dengan salah seorang suspek akan bertindak untuk ‘menjaga line’, manakala seorang lagi suspek akan menjadi ‘striker’ untuk merag0t rantai emas daripada mngsa.

Setelah itu, rantai emas hasil rag0t itu akan dijual kepada seorang suspek berusia 51 tahun di kawasan Selayang Baru. Kemudiannya, wang hasil jualan tersebut dibahagikan sesama ahli kumpulan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod jnayah. Semua suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut. Dengan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan 30 kes rag0t di Lembah Klang termasuk 10 di Sentul,” terang Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Tambahnya lagi, beliau meminta orang ramai yang pernah menjadi mngsa rag0t atau mempunyai maklumat kegiatan jnayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 atau BSJ Sentul (03-40482222).

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & video diambil dari The V0cket, Facebook Polis Sentul, Youtube Buletin RTM

Kredit: Mytv Viral