[VIDE̷O] Dihal̷au Dari Dep̷an Kedai, Lelaki Ini Ni̷aga B̷awah P̷okok Pangku Bar̷ang Ju̷alan

Kejayaan seseorang itu tidak datang bergolek, banyak liku-liku kehidupan yang perlu dihadapi. Ramai orang melihat berniaga ini adalah sesuatu yang mudah kerana tidak perlu bekerja di bawah seliaan orang lain.

Peniaga kecil jual makan bawah pokok di Sepang

Namun, tidak semua menyedari orang yang berniaga secara kecil-kecilan ini sebenarnya mempunyai banyak cabaran yang perlu dihadapi.

Seperti perk0ngsian seorang warga Tiktok iaitu Wawa Nemo ini yang terjumpa dengan seorang peniaga kecil di tepi jalan menjual makanan di bawah pokok di Sepang.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Abang ni berniaga bawah teduhan pokok je

“Hari ini kami dekati abang yang berniaga bawah teduhan pokok je.”

Jika dipandang, pemuda itu seperti biasa-biasa sahaja menjual. Namun apabila ditanya perjalanan hidupnya berniaga rupanya sukar untuk diterima.

Berniaga di tempat strategik namun dihaIau

Katanya sebelum ini dia pernah berniaga di beberapa buah tempat yang strategik dengan kerusi dan meja yang lengkap.

Akan tetapi, dia dihaIau dan tidak dapat dikesan barangan perniagaannya itu di curi atau dibuang.

Meja kerusi hilang, tak tahu orang curi atau barang tersebut dibuang

Setelah beberapa kali dihaIau dia mengambil keputusan untuk meniaga di bawah sebatang pokok berhampiran parking motor sambil memangku jualan tanpa kerusi dan meja.

“Dia kata sebelum ini dia berniaga dekat depan Shell tapi meja kerusi dia hilang tak tahu orang curi atau dibuang.”

Dia hanya menjinjing jualannya, bila lenguh letak dekat peha

“Lepas tu dia berniaga dekat depan kfc tapi kena haIau dan dia ambil keputusan untuk berniaga di bawah pokok dekat tepi parking motor.”

“Apa yang menyentuh hati, dia menjual sambil jinjing jualan dia tu tapi bila lenguh tangan dia letak dekat peha sekejap ambil jinkgit kaki.”

Boleh nampak kaki dia terketar menahan berat jualannya

Menurut video yang dik0ngsikan, dapat dilihat pemuda itu meletakkan barangan dagangan di atas peha sahaja sambil memegang jualannya, pasti lenguh dan penat buatnya namun dia tetap berusaha mencari rezeki yang halal.

“boleh nampak kaki dia terketar-ketar”

Mulutnya tidak berhenti ucap terima kasih

Oleh kerana bersimpati dengan nasib pemuda ini, Wawa dan suaminya mengambil keputusan untuk membeli sebuah meja kecil untuk pemuda itu agar lebih mudah untuk dia berniaga dan tidak perlu memangku jualannya lagi.

“Jadi kami decide untuk belikan dia sebuah meja kecil supaya tidak lenguh dan boleh letak jualan di atas meja itu. Mulutnya tidak berhenti mengucapkan terima kasih.”

Dia sampai bangun dan lambai pada kami

Tambah Wawa lagi, pemuda itu tidak berhenti mengucapkan terima kasih dan selepas mereka bergerak pulang pemuda tersebut berdiri di tepi lebuh raya sambil melambai kepada mereka.

“Dia bangun berdiri dan lambai lgi kepada kami”

Semoga ramai yang membantu pemuda ini

Menurutnya, pemuda itu menjual brownies yang pelbagai perisa dengan harga RM20 sahaja.

Wawa juga turut mengajak orang ramai untuk membantu pemuda ini dan mendoakan agar dia dilimpahkan rezeki berganda.

Warganet tersentuh dengan kisah pemuda tersebut

Dengan perk0ngsian Wawa di aplikasi TikTok ini, ramai warganet yang tersent0h dengan kisah pemuda tersebut.

VIDEO: klik disini jika tiada dibawah

Rata-rata warganet turut mendoakan supaya mereka berdua dimurahkan rezeki atas jasa yang diberikan, iaitu sumbangan sebuah meja kecil untuk si abang peniaga yang berhati besar.

Sumber Asal: Yoy Network, Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini