[VIDE̷O] “Abi Nak Buat TikTok Tak Dengan Yaya?” – Gel̷agat Kanak-Kan̷ak Ini Bikin Ramai Terhibur

Apabila anak semakin membesar dan sudah pandai berkata-kata, pasti ada saja telatah mereka yang mencuit hati kita.

Kadangkala, merekalah yang menjadi kawan borak para ibu bapa betul tak? Bukan saja dapat menghiburkan hati, tetapi si kecil juga boleh belajar bercakap dengan pantas sekiranya ibu bapa melayan mereka berb0rak.

Tidak terkecuali dengan perk0ngsian dari portal SAYS seorang kanak-kanak comel bernama Yaya ini yang popular di laman TikTok apabila videonya berb0rak dengan ayah menarik tumpuan ramai.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Sempat ajak ayah buat TikTok, siap menjawab buat ramai terhibur

Menerusi video yang dimuat naik sendiri oleh ayahnya melalui akaun @yaya_translator, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di dalam kereta sambil bermain telefon mainannya.

Dia kemudian mengajak ayahnya untuk membuat TikTok dan membuatkan si ayah ketawa kerana caranya menyebut perkataan itu berbunyi pekat loghat Kedah iaitu ‘TiqToq’.

Bukan itu saja, bermacam-macam isu lagi yang dibualkan oleh dua beranak itu sehingga ramai yang men0nton video berdurasi 2 minit itu sampai habis kerana tidak puas melihat kecomelan Yaya.

Ketika ini, video tersebut telah mendapat 572.9K tontonan, 56.7K tanda suka dan 1.9K perk0ngsian di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut cair melihat telatah Yaya yang petah bercakap. Malah, ramai yang memuji kecomelannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

VIDEO:

Seronok betul kalau dapat b0rak dengan budak banyak mulut macam Yaya ni. Stay cute dik! – Sumber & video dipetik dari SAYS, TikTok

Kredit: Mytv Viral