Usia Bukan HaIangan, Bekas Komando Ini Genggam PhD Di Usia 69 Tahun

Bekas komando, Mejar (B) Dr Azlan Derwish ,69, muncul sebagai seorang graduan paling tυa menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Sains Kejurulatihan Sukan sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Azlan Shah yang berlangsung sejak semalam sehingga 9 Disember depan.

Menariknya, walaupun sudah mempunyai cucu seramai 10 orang, namun beliau sanggup berulang alik dari Batu Berendam, Melaka ke UPSI kira-kira tiga kali seminggu bagi menuntut ilmu.

Dr Azlan berkata selama lapan tahun dia berulang alik memandu kereta membabitkan perjalanan lebih 200 kilometer (km) bagi menamatkan pengajian di peringkat PhD di universiti terbabit.

“Ketika belajar PhD , kira-kira jam 4.00 pagi saya bertolak dari Batu Berendam dan singgah solat Subuh di Masjid Tanjung Tanjung Malim sebelum mengikuti kuliah atau bertemu pensyarah.

“Walaupun semasa pengajian PhD terpaksa menukar tajuk tesis selepas yang pertama ditolak namun tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk terus menamatkan pengajian.

“Sepatutnya empat tahun sahaja tetapi disebabkan penularan wabak C0vd-19 dan tukar tajuk tesis menyebabkan saya perlu mengharungi selama lapan tahun sebelum berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD,” katanya ketika ditemui di Bilik Media UPSI, dekat sini.

Katanya, sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kemudian k0mando, dia adalah seorang doktor perubatan di salah sebuah hospitaI selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bapa kepada empat orang anak yang berumur 32 hingga 40 tahun menerima PhD daripada Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI, semalam.

Beliau berkata berkat sokongan daripada isteri, Ramlah Abdullah, 67, dan anak-anak menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk mencipta kejayaan peribadi walaupun usia sudah bergelar warga emas.

Sementara itu, Ramlah berkata sejak zaman bujang lagi suaminya memang seorang ulat buku sehingga selepas berkahwin, malah sekarang pun masih gemar membaca pelbagai buku.

Katanya, semangat suaminya dalam mengejar ilmu tiada tandingnya sehingga menjadi ikutan empat anak mereka yang ke semuanya turut berjaya tamat belajar di menara gading.

“Selepas ini, insya-Allah masa yang ada akan digunakan untuk mendalami ilmu akhirat pula dan saya berharap kejayaan suami saya ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan muda hari ini.

“Saya rasa bersyukur dan bertuah atas kejayaan suami kerana di samping belajar , dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa sehinggalah anak-anaknya juga berjaya dalam pelajaran malah kehidupan,” katanya.

Sumber HM

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini