Adik Usia 14 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak, Suasana Jadi Sayu & Pilu Dengan Tangisan Si Adik – Ramai Puji Keberanian Si Adik

Adik berusia 14 tahun menjadi wali nikahkan kakak, ramai sebak dan puji berani. Biarpun masih muda, remaja lelaki itu tetap menunaikan tanggungjawabnya dengan berani dan lancar.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 23 saat yang tular pada laman sosi4l TikT0k, seorang remaja lelaki bernama Irfan melafazkan akad pernikahan kakaknya di sebuah masjid sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

“Pernikahan kakak diwalikan oleh adiknya yang berumur 14 tahun. Suasana jadi sayu dan pilu dengan tangisan si adik”

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @lizabakar72 itu memperlihatkan ramai jemputan sebak dan sayµ berpelukan, malah tangisan kedengaran menyelubungi suasana.

Malah Irfan sendiri tidak dapat menahan pilu menitiskan air mata usai menjalankan tugasnya sebagai wali.

Biarpun masih muda, lafaz ijab remaja itu begitu lancar. Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikT0k Shim Al Ganu memberitahu telah membantu Irfan mempermudahkan Irfan menunaikan tanggungjawabnya di dalam majlis berkenaan.

“Saya Penolong Pendaftar pada akad nikah ini. Pada mula adik Irfan tidak mahu menikahkan kakaknya. Beliau malµ. Namun selepas saya pujuk dan memberikan semangat, dia okay. Saya siapkan teks sahaja,” titipnya.

Warga maya rata-rata sebak dan mengakui turut menitiskan air mata melihat remaja itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai wali..

-“14 tahun dengan tanggungjawab besar seorang ketua keluarga. Mahram kakaknya. Sayu hati saya melihatnya tetapi bangga, moga adik Irfan sentiasa di dalam barakah-NYA.”

-“Kecil lagi adik ini memikul tanggungjawab menjadi wali kakaknya, moga rumah tangga yang dibina kekal ke Syurga.”

-“Alhamdulillah, pastinya si adik akan membesar menjadi insan yang sangat bertanggungjawab dan bakal imam untuk keluarganya nanti.”

-“Alhamdulilkah lancar, smooth sahaja. Siapa tengok banyak kali kite geng. Tahniah adik, sangat bertanggungjawab dan berani.”

SIAPA YANG LAYAK MENJADI WALI.

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Ia juga merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan dan salah satu syarat sah nikah.

Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:

– Islam.

– Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).

– Berakal (Orang gil4, mabµk dan orang yang sangat bod0h tidak sah menjadi wali).

– Lelaki.

– Adil.

– Merdeka.

Manakala orang bµta atau bisµ pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan memenuhi syarat sah menjadi wali.

SUSUNAN WALI MENGIKUT TERTIB.

Menurut urutan tertib wali, orang yang bertanggungjawab menjadi wali menikahkan pengantin perempuan ialah bapa kandung, datuk sebelah bapa ke atas kemudian ketigha ialah saudara lelaki seibu sebapa dan seterusnya seperti berikut:

1. Bapa kandung.

2. Datuk sebelah bapa ke atas.

3. Saudara lelaki seibu-sebapa.

4. Saudara lelaki sebapa.

5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa.

6. Anak saudara lelaki sebapa.

7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa.

8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa.

9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah.

10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah.

11. Bapa saudara seibu-sebapa.

12. Bapa saudara bapa sebapa.

13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa.

14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah.

15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa.

16. Bapa saudara datuk sebapa.

17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah.

18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah.

19. Muktiq (tuan kepada h4mba perempuan yang dibebaskan).

20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq.

21. Raja atau sultan.

“Sekiranya, wali pertama tiada, hendaklah diambil wali kedua dan sekiranya wali kedua tiada, hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya.”

Bagaimanapun, permohonan perkahwinan menggunakan wali hakim adalah dibolehkan atas beberapa sebab iaitu :

1. Tiada wali yang sah daripada nasab.

2. Wali ghaib.

3. Anak tidak sah taraf.

4. Wali enggan.

5. Wali dalam ihram atau umrah.

6. Wali tidak cukup syarat.

Sumber Kisah Masyarakat.

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini