Upah dibayar secara harian, jika tidak bekerja tidak mempunyai pendapatan untuk keluarga – Hanya RM5 Tinggal Untuk Saya

“Setiap hari bila pulang ke rumah, saya terus mengagihkan wang daripada upah yang diterima selepas bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran dekat sini,” kata P Muniandy, 53.

Upah yang diterima RM45 akan dibahagikan kepada isterinya, A Saraswathy, 57, yang juga orang kelainan µpaya (0KU) cacat fizikal dan suri rumah, cucunya serta selebihnya untuk keperluan diri sendiri.

Muniandy berkata, daripada jumlah upah berkenaan, RM30 diperuntukkan untuk isteri dan RM10 untuk cucunya serta hanya RM5 sahaja untuk dirinya.

Katanya, setiap hari isterinya menyimpan wang untuk membayar bil bulanan utiliti dan tambahan bayaran rumah sewa serta selebihnya lagi untuk membeli barangan keperluan dapur bagi menjalani kehidupan seharian.

“Sebanyak RM10 pula diperuntukkan untuk cucu seramai tujuh orang yang tinggal bersama saya dan digunakan untuk membeli makanan atau permainan serta sebagainya.

“Hanya RM5 sahaja untuk saya belanjakan untuk diri sendiri menyebabkan kalau saya menginginkan sesuatu untuk diri sendiri maka saya perlu menyimpannya sikit demi sedikit,” katanya ketika ditemui.

Hasil perkahwinan atas pilihan orang tuanya, dia dikurniakan tiga orang anak lelaki dan seorang perempuan dengan dua anak lelaki serta perempuan sudah pun berkahwin.

Semua anaknya, walaupun bekerja, tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan pendapatan yang diperoleh hanya cukup menyara keluarga masing-masing.

Muniandy berkata, rumah yang mereka diami rumah sewa dan perlu membayar sewa rumah sebanyak RM 400 sebulan kepada pemilik rumah.

Katanya, setiap bulan isterinya menerima bantµan bulanan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) RM300 sebulan.

“Hasil upah kerja sebagai pencuci pinggan yang disimpan oleh isteri saya itu sebagai tambahan bagi membayar sewa rumah.

“Upah atau gaji saya dibayar secara harian dan jika tidak bekerja sudah tentu saya tidak mempunyai pendapatan untuk keluarga,” katanya.

Setiap hari, dia yang tidak mempunyai sebarang kenderaan perlu berjalan dari rumahnya yang terletak di Kampung Perhentian ke restoran berkenaan sejauh tiga kilometer (km).

Sesekali dia bernasib baik kerana ada juga pengguna jalan raya yang prihatin menumpangkan dia ke restoran terbabit dan jika tidak sudah tentu dia akan bermandi pelµh sebelum sampai ke rumah.

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai tukang kebun sekolah selama 15 tahun namun disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu menyebabkan pihak majikan terpaksa mengurangkan pekerja.

Berkongsi pengalaman bekerja sebagai tukang cuci pinggan dia berkata, kehidupannya terkesan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penµlaran wab4k C0v1d-19 kira-kira dua tahun yang lalu.

Katanya, semasa itu pemilik restoran hanya menjual secara ‘pesan, bµngkus, pulang’ menyebabkan dia hilang pekerjaan dan lebih perit kehilangan pendapatan harian.

“Ketika itu memang ada bantuan yang diterima berupa barangan keperluan harian namun tidak mampu menampung keluarga saya yang ramai.

“Bantuan itu hanya dapat menampung selama beberapa hari sahaja dan pada hari berikutnya kadangkala terpaksa kami makan apa yang ada sahaja.

“Sesekali saya dipanggil menjadi kelindan lori untuk menghantar barang sekitar daerah Muallim dan wang upah itulah digunakan secara jimat cermat untuk menampung keperluan hidup,” katanya.

Walaupun upah yang diterima setiap hari hanya berbaki RM5 namun dia tidak pernah mengeluh dan tetap bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan.

Baginya, selagi kudrat dan tenaga masih ada, selagi itulah dia berusaha menjalani kehidupan seharian dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sehabis baik.

Muniandy berkata, memang kadangkala terasa penat selepas bekerja apatah lagi terpaksa berulang alik dengan berjalan kaki namun demi keluarga tercinta, semua itu dilalui dengan tabah dan redha dengan suratan perjalanan hidupnya.

Katanya lagi, sesukar mana sekali pun perjalanan hidupnya seharian, tetapi beliau tetap bersyukur kerana Tuhan kurniakan tubuh badan yang sihat kepadanya untuk berdikari demi kelangsungan hidup.

Sumber Metr0

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Kongsikan Ya.. Terima kasih..

Jom sertai group Lecture What’s Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Mahu Sertai –> Klik Di Sini