‘Lul̷uh H̷atiku, S̷atu-satunya M̷otor Yang Digun̷akan Unt̷uk Menc̷ari Rezeki’ – 52 Kender̷aan M̷usn̷ah Terb̷akar Angk̷ara Khi̷anat Di PPR

52 kenderaan musnah terbakar dalam kebakaran awal pagi angkara perbuatan khianat

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.21 pagi dan bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.56 pagi.

Polis dengan pasukan Forensik Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Rampai kemudian menjalankan siasatan di lokasi untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Siasatan awal mendapat, 48 motosikal dan 4 kereta musnah terbakar. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah motosikal di pintu masuk utama kawasan parkir motosikal.

Anggaran kerugian kesemua kenderaan tersebut hampir mencecah RM300,000. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti sama ada wujudnya sebarang elemen khianat dengan api dalam kejadian terbabit.

Polis meminta orang ramai yang mempunyaimaklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Baldev Singh Gurdial Singh di talian 012-4806062 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

Sumber:TheReporter

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini