“Umi, Ayah Dah MeninggaI” – Arw4h Sempat Pesan Pada Anak Sulung Supaya Jaga Ibu & Adik

“Umi (ibu), ayah dah meningg4l.” Itu yang mampu diungkapkan, Muhammad Nabil Khalaf.

Anak kecil berusia lima tahun itu adalah anak sulung kepada Sarjan Mohd Kamal Ramli, 41, yang meningg4l dunia akibat dihempap pokok ketika menjalani operasi di kawasan pedalaman Hutan Belum, Gerik, Perak.

Seolah-olah mengerti apa yang berlaku, Muhammad Nabil Khalaf menuturkan kata-kata itu kepada ibunya, Koperal Siti Nafishah Mohd Nasir, 29. Menurut Siti Nafishah, anak sulungnya mengetahui khabar dµka kejadian menimpa arw4h daripada perbualan datuknya yang menerima panggilan telefon memaklumkan kejadian itu.

“Adik saya yang bertugas bersama Allahy4rham di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Kem Sungai Ara, Pulau Pinang menghubungi bapa untuk memaklumkan kejadian berkenaan, 10 pagi kelmarin.

“Muhammad Nabil Khalaf mendengarnya dan terus memberitahu saya sebelum dia menangis teresak-esak,” katanya sambil menahan seb4k ketika ditemui di rumah keluarga di Taman Ria Jaya, malam tadi.

Siti Nafishah yang juga anggota tentera dan bertugas di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani berkata, kali terakhir dia bertemu dengan arw4h sehari sebelum suaminya itu mahu melaporkan diri di Kem Sungai Ara.

“Allahy4rham lapor diri pada 30 Jun lalu dan sepatutnya pulang 1 September depan. Dia sempat berpesan kepada anak sulung supaya menjaga saya, adik, datuk dan ahli keluarga lain dengan baik.

“Malah, Allahy4rham juga seperti biasa sempat memberitahu dan meminta saya supaya menunggu kepulangannya nanti,” katanya yang reda dengan pemergian suami.

Katanya, Allahy4rham adalah suami yang sangat baik dan disenangi ahli keluarga.

Siti Nafishah berkata, dia akan menjaga dua anak hasil perkongsian hidup mereka. Selain Muhammad Nabil Khalaf, arw4h turut meninggalkan seorang lagi anak berusia dua tahun, Muhammad Nur Fariman.

Sementara itu, ibu Allahy4rham, Shamsiah Awan Ludin, 75, berkata dia mendapat berita mengenai anaknya yang meningg4l dunia jam 11 pagi selepas menerima panggilan daripada pihak Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Sebaik mendapat berita itu, saya bersama anak dan saudara yang lain bert0lak daripada Negeri Sembilan dan tiba di Kedah jam 9 malam tadi.

“Allahy4rham anak keempat daripada tujuh beradik seorang yang gemar bergurau dan kali terakhir kami bertemu sebelum Ramadan lalu,” katanya yang berasal dari Felda Lui Timur, Jempol, Negeri Sembilan.

Terdahulu, jen4zah arw4h tiba di rumah mentuanya di Taman Ria Jaya jam 1 pagi untuk tatapan terakhir isteri, ibu dan ahli keluarga terdekat sebelum dibawa ke tanah perkµburan 45 minit kemudian.

Jen4zah selamat dikebµmikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa dengan penuh istiadat ketenteraan jam 2.30 pagi, dengan dihadiri hampir 150 ahli keluarga, sahabat dan rakan setugas.

Sumber BH

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini