‘Ubat’ Untuk Mak Dan Ayah, Pasangan Kembar Ini Bina Dapur Baru Untuk Ibu

“Semua ini usaha kami untuk meIihat mak dan ayah terus gembira. Kedua-duanya makin berusia dan apa saja kesempatan untuk buat mereka gembira kami akan cuba,” kata pasangan kembar Muhammad Abid Othman dan abangnya, Muhammad Amin Othman, 22.

Terdahulu, video kembar berkenaan membina dapur baru untuk ibu mereka mendapat perhatian warganet yang turut memuji usaha anak muda terbabit menggembirakan ibu bapa selain hasil kerja mereka juga kemas dan cantik.

Ia bermula selepas mereka bimbang melihat bapa mereka Othman Md Hashim, 61, kurang sihat serta kelihatan lemah selepas demam dua minggu dan menjadikan pelan membina dapur basah untuk ibu, Shariah Ariffin, 61, sebagai ‘ubatnya’.

“Kami risau melihat keadaannya itu. Jadi kami cari jalan untuk buat ayah kembali semangat dan beritahu rancangan dapur baharu untuk mak.

“Ayah yang juga sebelum ini berkerja sebagai pembantu foreman memang minat bertukang jadi bersemangat dan keesokannya kami tengok dia sudah segar sedikit dan mula kumpul barang untuk persediaan kerja pembinaan,” kata Muhammad Abid ketika dihubungi.

Menurutnya, mereka gembira kerana dalam masa yang sama dapat dapat mereaIisasikan impian yang menginginkan dapur baru sejak 14 tahun lalu.

“Walaupun kurang asas pertukangan tetapi semua itu menjadi mudah kerana ayah. Memang banyak ilmu kami belajar dari ayah dan biarpun susah pada mulanya tetapi selepas itu mudah.

“Kami memulakan kerja pembinaan pada 31 September tahun lalu dan mengambil masa sebulan untuk disiapkan sepenuhnya termasuk menyediakan kelengkapan perkakas dan peralatan dapur baru.

“Kerja pembinaan dapur berkonsepkan minimalis moden diketuai ayah dengan dibantu kami. Manakala bahagian lain seperti reka bentuk dapur, plaster dinding, pemasangan mozek, pencahayaan dilakukan sepenuhnya oleh kami dua beradik. Semua kerja dilakukan kami tiga beranak kecuaIi pasang pintu gelongsor (sliding door) dan tingkap,” katanya.

Muhammad Abid berkata, sebelum ini ibu mereka memasak di luar rumah dengan bahagian itu hanya ditutup dengan kain kanvas selama 14 tahun.

“Kami kasihan dan risau apabila mak selalu masak di luar terutama waktu malam, malah sebelum ini tong gas kami juga pernah dicuri.

“Bila semua sudah siap memang tak percaya kami berjaya bina dapur untuk mak kerana dia memang sudah lama mahu dapur baru.

“Sudah lama pembinaan dapur baharu mak ini dalam perancangan kami adik beradik namun terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan kos yang tinggi.

“Pembinaan dapur ini membabitkan kos RM8,000 termasuk membeli kelengkapan baru dan jika upah orang kosnya lebih mahal kira-kira RM15, 000 hingga RM20,000.

“Semua kos ditanggung abang kerana kami kini masih di tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda reka bentuk industri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah jadi kami bantu dengan tenaga saja dan kebetulan ketika itu kami belajar kelas dalam talian dan berada di rumah.

“Semua ini usaha kami untuk melihat mak dan ayah terus gembira sebab mereka semakin berusia dan apa saja kesempatan untuk buat mereka gembira kami akan cuba.

“Mak sangat teruja melihat dapur baru itu membuat kami sebak kerana dia menghargai hasil kerja dilakukan. Malah kami juga gembira melihat ayah segar dan seronok membuat kerja pembinaan ini walaupun ia memenatkan,” katanya.

Sumber Metr0

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini