S̷anggup Jual Motor,Tuk̷ar Kereta Demi Hantar An̷ak G̷adis Sulung Ke Men̷ara G̷ading..”Itulah Ayah”

Selepas lima tahun berlalu, anaknya itu, Wan Aisyah, 23, membeli sebuah motosikal baharu keluaran SYM sebelum ia dihadiahkan kepada bapanya dalam satu majlis kejvtan ringkas di kediaman mereka di Dungun, Terengganu pada 14 September lalu.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai peng0rbanan Wan Razali Wan Mohd, 58, yang sanggup menjual motosikal miliknya demi menampung kos pengajian anak sulung ke sebuah kolej.

“Bila ingat balik waktu itu, saya sangat terkejvt selepas dia jual motor. Ayah kata tiada siapa nak guna motor, tapi sebenarnya duit itu diberikan sepenuhnya kepada saya untuk sambung belajar.

“Motor baharu itu dihadiahkan sempena hari lahir ayah pada 14 September. Saya nak balas jasa. Dulu ketika saya sambung pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris di sebuah kolej di Selangor, ayah jual motor Honda EX5 miliknya.

Aisyah berkata hadiah itu tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan segala pengorbanan bapanya.

“Selepas lima tahun barulah saya mampu nak beli motor baharu untuknya. Alhamdulillah, ayah kata dia rasa bahagia dapat naik motor baharu,” ujarnya yang mesra disapa Aisyah.

“Pada waktu itu, ayah ada Perodua Alza, tapi ayah jual dan ambil kereta Axia sebab nak kurangkan kos.

Imbas Aisyah lagi, bapanya bukan sekadar menjual motosikal miliknya, malah turut menukar kereta lebih kecil demi mengurangkan kos perbelanjaan keluarga pada waktu itu.

Ia bukan soal nilai, tapi keihklasan hati yang memberi. Bila kita bagi, ia makin berkat.
“Ayah memang akan dahulukan anak-anak. Dia juga jenis tak suka sus4hkan orang. Dia pun dah lama nak beli motor baru, tapi dia tak beli pun. Dia asyik cakap saja. Pada saya, motor itu tak dapat pun balas jasa ayah, tapi sekurang-kurangnya saya gembira tengok dia bahagia,” kata Aisyah lagi.

“Jadi bila saya dapat belikan balik motor untuk ayah, saya rasa puas hati. Selepas lima tahun, saya dapat berikan motor hasil usaha sendiri. Rasa macam tak sia-sia ayah jual motor dulu. Kalau dia boleh berkorban, kenapa saya tak boleh berkorban?

Menurut Aisyah, bapanya bukan sekadar berk0rban dari segi kewangan, malah banyak memberi kasih sayang khususunya selepas kem4tian ibunya lima tahun lalu.

“Mak men1nggal masa saya umur 18 tahun. Selepas saya habis belajar, saya bekerja dalam bahagian customer service di Putrajaya. Kemudian saya res1gn sebab nak balik teman ayah.

“Sejak itu saya mulakan bisnes jual produk makanan tambahan. Kemudian saya berkahwin pada Mac lalu dan menetap di Selangor. Jadi sekejap ada di sini, sekejap saya balik ke kampung,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Aisyah terh4ru apabila video kejutan motosikal untuk bapanya tvlar dan meraih perhatian ramai di TikTok.

Kata Aisyah, dia berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk menghargai kedua orang tua selagi mereka masih ada.

“Pada saya, kalau ada RM50 sekalipun, kita tetap kena kongsi dengan keluarga. Ia bukan soal nilai, tapi keihklasan hati yang memberi. Bila kita bagi, ia makin berkat.

“Bila saya baca komen di TikTok, ramai sangat yang luah hasrat nak balas jasa ibu bapa mereka,” ujar Aisyah lagi.

Kasih seorang ayah buat anaknya. Sanggup jual Honda EX5, tukar kereta sebab nak lihat puteri sulung masuk kolej. Selepas 5 tahun bapa akui bahagia dapat hadiah penuh makna.

Sumber : mStar

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini