TuIar Papan Tanda Bahasa Melayu Terpacak Di Negara Korea SeIatan

TuIar papan tanda bahasa melayu terpacak di Korea Selatan. Kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan membuatkan kerajaan sana mula menggunakan Bahasa Melayu pada kebanyakan papan tanda khususnya di kawasan tumpuan peIancong.

Perkara tersebut dikongsi oleh Zakaria Azizi di akaun Facebooknya di dalam kumpulan Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants).

“Kerajaan Korea Selatan berbesar hati untuk melakukan usaha itu bagi memudahkan masyarakat Nusantara yang datang berkunjung untuk mendapatkan maklumat.

“Bukan itu sahaja, jumlah pelancong Malaysia dan Indonesia yang bertandang ke negara itu juga semakin meningkat saban hari membuatkan Bahasa Malaysia mula digunakan pada papan tanda di sana,” katanya.

Walaupun terdapat beberapa penggunaan Bahasa Melayu yang agak kurang tepat, namun usaha yang dilakukan kerajaan Korea Selatan harus diberi pujian.

Selain Bahasa Melayu, terdapat juga beberapa bahasa pada papan tanda tersebut seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Jepun dan Bahasa Indonesia.

Bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera.

Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia, bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.

Sumber GemiIang DaiIy

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini