Tragls An4k Semp4t Tunjuk G4mbar Mak Ayah Dek4t Kucing Sebelom Lem4s Dalam T0ng Air Ket1ka Dim4ndikan B4pa

DALAM rumahtangga, anak merupakan insan yang melengkapi kehidupan pasangan suami isteri.

Begitulah juga dengan pasangan ini yang gembira dengan kehadiran cahaya mata sulung, Alina Dalia yang dilahirkan pada 9 November 2019 sekali gus menyerikan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.

Bagaimanapun, ibunya, Nurul Nadiah Ali, 28, berkata Alina Dalia meninggal dunia pada 15 April 2021 akibat lem4s setelah terjatvh dalam sebuah tong berisi air ketika sedang dimandikan oleh bapanya, Saiful Amirullah, 28 dalam kej4dian di rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor.

Ketika dihubungi mStar, wanita yang senang disapa Nadya itu menceritakan secara terperinci bagaimana ‘tr4gedi’ itu berlaku yang disifatkan sebagai hari paling sed1h dan sejarah h1tam dalam hidupnya.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami berdua kerja jadi Alina duduk dekat rumah pengasuh sampai petang. Setiap pagi saya akan hantar, suami akan ambil dekat rumah pengasuh sebelah petang.

“Saya balik kerja lambat jadi suami siapkan Alina dengan mandikan dia sebab masa tu saya mengandvng jadi memang suami banyak uruskan hal anak. Setiap kali balik kerja memang dia dah siapkan anak makan dan mandi semua. Sampai anak pun dah terlebih manja dengan dia berbanding saya,” katanya.

Menurut Nadya, sudah menjadi kebiasaan Alina akan berkep1t dengan bapanya yang dipanggil babah setiap hari selepas pulang dari kerja.

Alina merupakan anak pertama pasangan yang telah berkahwin selama lebih empat tahun ini.

“Ke mana babah pergi mesti dia ikut. Dia takkan tinggal seorang. Tapi hari tu suami ingatkan dia ikut keluar sekali dari bilik air masa dia nak bu4ng d1apers. Tapi pel1k dia tak ikut.

“Rupanya dia masuk je tengok Alina dah tertonggeng dalam tong air yang merupakan tong sampah kami berukuran paras lutut ini. Tak sampai lima minit pun kejadian tu, terlalu p4ntas,” jelas Nadya yang ketika itu hanya menunggu masa melahirkan anak kedua.

Jelasnya, semasa mendapat tahu mengenai kejadian men1mpa Alina, dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Suami pun pada mulanya memang banyak menang1s mengenangkan apa yang terjadi. Dia yang paling tervk sekali alami tr4uma.

NADYA

Tambah Nadya yang dahulunya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Sungai Buloh, Alina yang pada masa itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke klinik dan kemudian digegaskan ke hospital.

Bagaimanapun menurut Nadya, si comel itu tidak dapat diselamatkan apabila disahkan men1nggal dun1a oleh doktor.

“Saya dalam perjalanan balik kerja masa dapat tahu anak jatuh tu. Masa saya sampai tu anak dekat klinik dah tengah tunggu ambulans. Alina dah tak sedarkan diri. Masa di hospital lebih setengah jam doktor cuba selamatkan dia tapi dah tak ada harapan. Alina memang dah tak boleh diselamatkan.

“Saya sangat sed1h bila dapat tahu berita tu daripada doktor. Alina puteri sulung saya. Anak pertama yang saya curahkan kasih sayang seorang ibu. Setahun empat bulan saja Allah pinjamkan dia untuk saya,” ujarnya sambil menambah dia selamat melahirkan anak kedua selepas dua minggu pemergian Alina.

Menurut wanita yang sudah mendirikan rumah tangga lebih empat tahun itu, dia dan suami mengalami trauma selepas kej4dian itu namun kini reda dengan takdir dan ketentuan Ilahi.

Alina telah selamat dikebvmikan pada 15 April 2021.

Malah katanya, dia tidak menunding jari terhadap suaminya tetapi berterima kasih atas jasa baiknya yang banyak memudahkan urusan mereka sekeluarga selama ini.

“Saya terima takdir Allah dan tak salahkan sesiapa. Memang susah untuk saya terima mulanya tapi Alhamdulillh dikelilingi keluarga yang memahami dan sentiasa support bagi kata-kata positif dekat saya.

“Suami pun pada mulanya memang banyak menang1s mengenangkan apa yang terjadi. Dia yang paling tervk sekali alami tr4uma. Dia banyak kali juga minta maaf dekat saya sebab dia cakap dia yang bers4lah,” ujarnya.

Imbas Nadya, dia tetap bersyukur kepada Ilahi kerana meminjamkan Alina walaupun sekejap saja serta berpeluang mencurahkan kasih sayang.

Ujarnya, Alina merupakan anak yang sangat ceria dan banyak keletah jadi selama tempoh setahun empat bulan, banyak kenangan dan memori telah tercipta.

“Alina baru nak pandai bercakap masa tu. Dia ni seorang yang ceria dan banyak keletah. Masa men1nggal pun dia tak ada s4kit apa. Sihat saja tubuh badan.

“Cuma ada satu video beberapa minggu sebelum dia men1nggal tu, Alina ada tunjuk gambar saya dan suami dekat kucing tapi kucing tu buat tak tahu saja.

“Tapi sampai sekarang kucing tu masih ada dekat rumah ni walaupun Alina dah tak ada. Dia memang selalu tidur dekat tempat Alina main sampaikan kami bagi gelaran ‘kucing Alina’ dekat dia,” tambah Nadya.

Alina pernah bermain dengan kucing sambil menunjukkan gambar ibu bapanya beberapa minggu sebelum men1nggal.

Kata Nadya, dia sekadar mahu berkongsi cerita mengenai pemerg1an anaknya untuk membuka mata masyarakat di luar sana mengenai kej4dian-kej4dian sebegini.

Jelasnya, penting untuk ibu bapa mahupun sesiapa sahaja melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan bvruk yang boleh berlaku.

Sumber:SatkobaViral

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini