Tindakan Dari Pekerja Secret Recipe Ini Undang Sebak, Ubat Hati Ibu TunggaI Sambut Hari Lahir

Siapa sangka kadang kala tindakan kecil mampu memberi impak besar dalam kehidupan seseorang. Walaupun hanya sekadar ucapan ringkas, namun sedikit sebanyak mampu meredakan kesedihan yang bersarang di hati.

Tindakan seorang pekerja Secret Recipe di Lake FieId Sungai Besi baru-baru ini mengundang sebak ibu tunggal yang meraikan hari lahir bersama anak-anak. Jelasnya, kata-kata yang terukir pada pinggan kek cukup menggambarkan keresahan jiwa dan seolah-olah memujuk hatinya untuk terus kuat.

Perkongsian Nurul Mohd yang kehiIangan suami pada dua tahun lalu turut mendapat perhatian warganet dan rata-rata menitipkan doa yang terbaik buat ibu kepada tiga orang anak ini.

“Terima kasih

Siang tadi saya ke Secret Recipe di Lake Field untuk makan-makan bersama anak-anak sempena birthday saya dan anniversary saya.

Saya telah meminta seorang staff disitu untuk menulis sesuatu di atas pinggan kek.

Ketika kek tersebut sampai di meja, saya perasan sesuatu.

Eh. Saya tak minta tulisan ini.

Tapi staff tersebut telah menambah kata-kata ini:

“Be Strong”

Dan “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

Izzati (nama staff tersebut),

Jika adik baca ini..

Ketahuilah..kata-kata yang adik tulis seolah-olah memujuk hati seorang balu ini.

Terima kasih kerana memberi service dengan ikhlas dan melihat sesuatu itu dari mata hati.

Terima kasih kerana memberi sedikit kegembiraan untuk akak.

Love,

Kak nurul

17122022 — at Secret Recipe @ Lake Fields.”

Kredit FB Nurul Mohd

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini