Tiga Bul4n Bergel4p, Penduduk Kampung Di Itali Ini Cipta ‘Matahari’ Sendiri

Tidak menerima sinar matahari selama tiga bulan setiap tahun kerana ‘dihalang’ pergunungan Alps, sebuah perkampungan di Itali mempunyai cara yang sangat bernas untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mencipta ‘cahaya matahari’ mereka sendiri.

Menurut News18, ia juga telah dikongsikan oleh seorang pakar bedah, Dr Karan Rajan di TikTok miliknya.

Menerusi video itu, dia menjelaskan bahawa kekurangan cahaya matahari menyebabkan penduduk kampung Viganella mengalami penurunan kadar serotonin yang juga disebut sebagai alertness hormone.

Kekurangan cahaya semulajadi itu boleh memberikan kesan yang negatif bukan sahaja untuk tubuh badan tetapi mungkin juga boleh meningkatkan kadar jenayah.

Disebabkan itu, penduduk kampung berkumpul dan membuat keputusan untuk memasang cermin gergasi.

Difahamkan, cermin yang berukuran lapan hingga lima meter itu telah dibina oleh penduduk sejak tahun 2006 dan ia diletakkan di kawasan bukit terdekat untuk memantulkan cahaya matahari ke kampung itu.

Menariknya, cermin itu dikendalikan oleh komputer dan sentiasa mengikut pergerakan matahari untuk memastikan kampung itu terus mendapat cahaya.

VIdeo Klik Disini

Sumber: News18

Kredit : Siakap Keli
Suggested News

Jom sertai group Lecture What Today (CAHI), sama-sama kita mencari dan berkongsi ilmu… insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini