Tidak Mengetahui Bapa Kini Mualaf, Adik Beradik Berbangsa Cina Ini Kagum Dengan Pengebumian Cara Islam

Kehilangan ibu bapa tersayang memang memeritkan jiwa. Tanpa mereka tidak mungkin kita mengenal dunia. Namun apakan daya, ianya adalah di luar kuasa kita dan kita sendiri tahu bahawa kem4tian itu pasti.

Sebagai anak, kita haruslah sentiasa berada bersama ibu bapa kita dari awal sehinggalah di saat-saat terakhir mereka di muka bumi.

Ini kerana ibu bapa telah melalui bermacam-macam demi membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna. Maka, janganlah kita melupakan akan peng0rbanan yang dilakukan oleh mereka, meskipun berbeza agama.

Menerusi satu perkongsian di laman Faceb00k, Aliff Nor Kasany telah menceritakan pengalamannya melihat sendiri waris berbangsa Cina menguruskan jen4zah arw4h bapanya

Ternyata, meskipun posting yang dilakukan saudara Aliff dibuat sudah agak lama, namun ianya masih mendatangkan seb4k orang ramai kerana terus mendapat perkongsian sehingga ke hari ini.

Menurut Aliff, ketika itu merupakan pertama kali dia melihat orang Cina menguruskan may4t orang Islam. Ini kerana warga emas mualaf itu sebenarnya sudah pun memeluk islam beberapa tahun yang lalu namun tidak diketahui warisnya.

Tambahnya lagi, kesempatan berjumpa dengan waris si m4ti itu juga telah dijadikan peluang untuk dia menyampaikan dakwah Islam yang indah.

Baca perkongsian penuh saudara Aliff di bawah:

Bicara dari bilik may4t

First time aku tengok orang Cina sambut jen4zah di liang lahad.

Sepanjang hari ini aku agak terharµ satu benda apabila kami menerima satu kes kem4tian warga emas yang mualaf. Saat aku sampai di bilik may4t, aku dapati ada beberapa waris bangsa Cina yang sedang menunggu.

Kebiasaan kes mualaf jarang ada waris yang prihatin untuk ambil tahu akan pengurusan jen4zah bagi kerabatnya yang m4ti dalam keadaan sudah memeluk Islam.

Bila aku tanya kepada beberapa waris ini, rupanya mereka adalah anak-anak si m4ti. Okay dalam fikiran aku waktu itu, inilah masanya aku hendak sebarkan dakwah kepada n0n-muslim melalui Fardu Kifayah dengan cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan jen4zah secara Islam.

Selepas bersembang bersama waris arw4h, aku dengan sahabat aku yang bernama Seman Qadri Al Burtuqoli terus mengajak untuk membuat pengecaman mayat ayahnya.

Apabila sudah dibuka helaian kain di muka arw4h, aku pun apa lagi terus mengajak bolehlah you all standby ambil glove kita mandikan sama-sama arw4h ayah.

Semua anak-anak angkat tangan tanda menolak disebabkan perasaan mereka terlalu kuat dan sebak atas pemergian arw4h.

So, aku sebenarnya bab urus may4t ini bila ramai-ramai mudah sikit jika nak membolak-balikkan body may4t. Jadi kami berdua pun mandikan lah si arw4h macam biasa.

Kami masih tak mampu lawan sifu kami Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasid yang jenis menguruskan may4t walapun bersendirian. Bagilah may4t jenis apa pun beliau boleh seorang-seorang meskipun diuruskan pada tengah malam.

Selepas siap dimandikan dan dikaf4nkan, aku pun panggil waris mualaf ini. Sebelum kami menutup si arw4h, aku suruhlah si waris kucup si arw4h tetapi mereka menolak oleh kerana perasaan emosi yang kami faham sµkar untuk menerima mungkin.

Tapi aku cakaplah kat mereka, “Bapak you ini sangat mudah kami uruskan, manyak ringgan, manyak mudah ma. Boss saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak you yang sehabis baik untuk nampak bersih suci dan ini masa you boleh cium bapak you boss. Selepas mereka kata tak apa dengan tanda menolak aku pun mulalah menutup kaf4n secara keseluruhannya.

Selepas solat jen4zah, aku bawa jen4zah ke tanah perkµburan Islam USJ. Antara warisnya yang follow naik van may4t ini adalah anak sulung lelaki arw4h. Ketika dalam perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci Al-Quran. Dan ketika dalam perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan Islam.

Dalam perbualan dengan waris arw4h ini, aku perhatikan cara dia duduk dalam van jen4zah agak sopan al maklumlah sebelahnya keranda dan dalam suasana ayat Al-Quran yang aku pasang di radio.

Dia mula bercerita, abang tahu tak, saya dan beberapa orang adik beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah memeluk Islam. Dan saya tak sangka sangat mudah cara pengurusan may4t bagi orang Islam. Aku bagitahulah inilah keindahan umat Islam. Kami akan memudahkan segalanya bagi meneruskan proses kehidupan di alam akhir4tnya nanti.

Waris arw4h juga membuka cerita berkaitan kos pengurusan may4t bagi bangsa Cina. Antara intipati yang aku boleh kongsikan ialah kos untuk tanah pengebµmian sahaja hampir 100k. Itu tidak termasuk kenduri yang melibatkan kos untuk menyediakan makanan, kos orang sembahyang, kos hendak membuat replika rumah, duit, kos ker4nda, kos pakaian si m4ti. Memang beribu-ribu.

Aku bertanya bagaimana kalau yang tidak berkemampuan, dia menjawab kebiasaan kami akan buat proses pemb4karan may4t dan abunya kami simpan dalam bekas seperti tin milo dan kami akan bµang di laut.

Kalau abunya kami hendak simpan di kawasan perkµburan, memang mahal kosnya sebabnya kami perlu bayar kos lot yang berharga RM30k. Bahkan setiap bulan kami perlu membayar kos utiliti seperti kos pencucian kawasan simpanan abu.

Aku tanya lagi adakah kaum Cina ada menyediakan satu dana khas bagi menampung kos pengurusan may4t seumpama khairat kem4tian, dan mereka menjawab “tiada”. Semua kena tanggung sendiri. Atau mungkin wujud tabung tersebut cuma melalui derma secara langsung ketika waktu kem4tian.

Ayat last yang aku dengar jawapan brother ini, you tahu kan kami orang yang berniaga sampaikan bab may4t kami terpaksa akur disebabkan kaum mereka ambil untung besar dan niagakan dalam hal ehwal kem4tian.

Aku tanyalah juga berkaitan kenapa kalau ada kem4tian di pagi raya Cina, kebanyakan mereka tidak membuat tuntutan may4t di hospital ya walaupun yang m4ti itu adalah mak ayahnya. Jawapannya mudah sahaja, sebab mana ada orang mahu uruskan, walapun dibayar dengan harga yang tinggi, pihak pngurusan may4t n0n-muslim tidak akan ambil sebab sµsah hendak cari pihak yang sudi hadir seperti untuk upacara yang pelbagai. So mereka akan tuntut may4t tersebut selepas 2 atau 3 hari kemudian bahkan lebih lagi.

Setibanya kami sampai di tanah perkµburan Islam, aku perhatikan gelagat waris ini seumpama teruja dengan keindahan tanah perkµburan Islam di USJ.

Mereka menyebutkan seumpama macam dalam taman dengan dekorasi yang sistematik dan juga kecantikan rumput karpet menghijau di setiap tanah pµsara.

Ketika mana jen4zah sudah di atas tebing liang lahad, kami meminta wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad bagi menyambut jen4zah ayahnya. Kami ajarkan seperti biasa seperi kaedah memegang jasad ayahnya.

Paling aku agak terharµ di saat tangan anaknya yang n0n-muslim itu membuka setiap ikatan tali kaf4n dan kami memberikan bimbingan untuk membuka helaian kain di bahagian wajah arwah dan si anak menurut setiap arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di bahagian wajah arw4h ayahnya. Lalu kami timbuskan liang lahad seperti biasa.

Terdapat beberapa soalan yang dia tanya kenapa wajah mesti dibuka, adakah si m4ti hendak bernafas. Dan mengapa perlu diletakkn tanah pada wajahnya. Kami jawablah sehabis baik untuk memberikan kefahaman kepada mereka betapa indahnya agama Islam ini.

Mereka juga ada bertanya boleh ke mereka ingin meletakkan makanan di kubµr ayahnya seperti upacara yang agama mereka biasa lalukan. Kami pun menjawab, kami mudah sahaja, kami takµt makanan hilang sebab mungkin kami yang makan.

Semoga arw4h ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Sumber FB Aliff Nor Kasany

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI), Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini