Tew̷askan 3 Pelaw̷ak Popul̷ar, Asif Suhaimi Speechless Menang Artis Komedi Popul̷ar ABPBH 34

Bintang baharu sensasi, Asif Suhaimi berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce, Asif yang dikenali menerusi seleksi video YouTube serta filem Mael Totey arahan Syahmi Syazli bagai hilang kata-kata ketika menerima trofi terbabit.

“Assalamulaikum, selamat petang dan selamat malam. Terima kasih banyak-banyak datang majlis ini,” katanya.

Ketika ditemui di belakang pentas, Asif yang ditemani oleh Syahmi yang juga merupakan sepupunya menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang menyok0ng.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyok0ng yang memberi dor0ngan serta selalu mengundi saya.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih juga kepada keluarga, sanak-saudara dan semua. Saya rasa gembira apabila menerima anugerah ini. Syukur kepada Allah beri saya peluang untuk menerima kejayaan ini,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Tidak lama lagi, Asif yang merupakan seorang remaja autism akan memulakan penggambaran filem baharu berjudul 35 MM yang diarahkan oleh Syahmi.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber diambil dari Xtra, Instagram Tonton | Via Mytv Viral